Sebuah Iphone bertukar menjadi 15 buah Iphone6.
2007
Iphone pertama dikeluarkan sekitar jun 2007 pada harga $499.
Mac(bukan nama sebenar) tidak beli iphone semasa iphone mula dikeluarkan 2007. Apa yang dia buat adalah, membeli 4 unit saham syarikat Apple.
Pada 29 Jun 2007, satu unit saham Apple berharga $122. Jadi, jumlah pelaburan Mac adalah $488.
2014.
9 Jun 2014, tarikh yang menyeronokkan peminat saham Apple. Apple umum 'Stock Split'. Setiap satu unit saham Apple di pecahkan menjadi 7 unit.
keuntungan:
Mac ada 4 unit saham. Apabila 'stock split' berlaku, saham Mac bercambah menjadi 28 unit saham.
Harga terkini saham apple $110. Jadi, nilai saham yang Mac pegang adalah $3080.
Dengan $3080, Mac boleh beli 15 buah iphone yang
berharga $199 setiap satu.
Satu iphone untuk 15 buah iphone6.
Pelaburan selama 7 tahun, bermodalkan $488. Keuntungan melebihi 6 kali modal.
fuhhhhhh

No comments:
Post a Comment