EPISOD 1:
Awal pagi itu, mereka tiba di Airport Nagoya Tokyo. Sepertinya sangat tenang.
.
Nuha dan Naufal berjalan laju ke Imigresen. Sambil genggaman erat dua tangan pengantin baru itu bersela. Tersenyum lebar. Ini kota romantic. ‘Bisik Naufal bersenda”. Nuha merah pipinya, memandang langkah kaki Naufal , dalam hatinya berbisik ‘Ya Allah, tampan dia yang bersamaku hari ini, rasanya beberapa hari sebelum ni, kami masih malu-malu kerana masih baru bertemu. Perkahwinan rancangan terlalu pantas. Tak sangka, Naufal jodohku”. Nuha senyum.
.
.
Oh,
Nuha tersedar lamunan. Seperti mimpi dirasa. Dia kembali ke dunia nyata.
Beratur bersama kumpulan penerbangan Singapore Airlines ke Nagoya Tokyo. Jepun,
sungguh sistematik. Mengangguk dan pantas berlari. Masa mereka berharga. Tidak
hairan, disiplin anak-anak jepun amat tinggi. Selesai Imigresen, Naufal bawa
Nuha ke tempat beg yang berpusing dirodanya . Menunggu beg mereka sebelum
menuju ke hotel penginapan.
EPISOD 2:
EPISOD 2:
Sementara
menunggu beg, di airport Nagoya itu, sempat mereka berdua bergambar kenangan.
"Oh, kita kena tukar simkad". Ujar Naufal sambil membelek simkad
Japan yang comel bergambar kucing Ada keterangan sedikit menggunakan bahasa
Inggeris. Tak sabar Naufal untuk ada internet. Mahu dikhabarkan kepada keluarga
yang mereka telah selamat tiba di lapangan terbang Jepun.
.
.
"Tet, tett*. Ada mesej yang masuk di telefon bimbit milik naufal. Itu menandakan sudah ada line untuk digunakan. walaupun bahasa pengesahan adalah menggunakan bahasa Jepun. Naufal senyum dan mengangguk seperti sudah faham. Kemudian, ada signal banyak whatsapps masuk tak berhenti. Baru dia teringat, sebelum menaiki flight dari KLIa menuju ke Jepun, dia ada memuatnaik satu gambar di Facebook dengan tulisan ringkas "sweet memori honeymoon, japan". Ternyata ramai yang melihat dan meninggalkan komen di situ dan ada juga yang mengusik dengan whatsapps secara peribadi. Tersenyum juga Naufal. Selesai dia menulis sedikit mesej untuk keluarga di Malaysia, Naufal pandang jamnya yang dia dapat dari Nuha sempena barang hantaran yang dibalas. Terasa segak memakai jam itu. Jam sudah pukul 6 pagi. Jepun sudah sangat cerah. Di Malaysia ternyata baru subuh. Walaupun perbezaan masa hanya sejam, tapi kerana siang di jepun panjang musim ini. subuhnya masuk jam 3 pagi. Sungguh mencabar ya. Itulah kurniaan ilahi.
.
.
"Tet, tett*. Ada mesej yang masuk di telefon bimbit milik naufal. Itu menandakan sudah ada line untuk digunakan. walaupun bahasa pengesahan adalah menggunakan bahasa Jepun. Naufal senyum dan mengangguk seperti sudah faham. Kemudian, ada signal banyak whatsapps masuk tak berhenti. Baru dia teringat, sebelum menaiki flight dari KLIa menuju ke Jepun, dia ada memuatnaik satu gambar di Facebook dengan tulisan ringkas "sweet memori honeymoon, japan". Ternyata ramai yang melihat dan meninggalkan komen di situ dan ada juga yang mengusik dengan whatsapps secara peribadi. Tersenyum juga Naufal. Selesai dia menulis sedikit mesej untuk keluarga di Malaysia, Naufal pandang jamnya yang dia dapat dari Nuha sempena barang hantaran yang dibalas. Terasa segak memakai jam itu. Jam sudah pukul 6 pagi. Jepun sudah sangat cerah. Di Malaysia ternyata baru subuh. Walaupun perbezaan masa hanya sejam, tapi kerana siang di jepun panjang musim ini. subuhnya masuk jam 3 pagi. Sungguh mencabar ya. Itulah kurniaan ilahi.
"Emm, ni beg sudah sampai". Nuha datang memberitahu.
Dari tadi dia tercegat menunggu beg. Nuha gadis kampung dari negeri Kelantan.
Inilah kali pertama dia menaiki pesawat dan jarak sejauh ini memang
mendebarkan. Rasa kekok, takut, gementar, semuanya ada bersarang. Namun, dia
tenang. Kerana, di sana ada Naufal. Lelaki asing yang akhirnya menjadi orang
paling rapat denganya. Suaminya Naufal, wataknya tenang setenang air yang
sampai dari sebuah air terjun. Mengalir perlahan bertemu batu-batu di jeram.
Nuha sungguh selesa dan nyaman dengan ketenangan itu. Lelaki yang dia masih
belum boleh menyebut "abang" . Selepas 7 hari menjadi pasangan hidup.
Nuha senyum walau ada sesuatu yang dia fikirkan tapi, Nuha biarkan fikiran itu
melayang pergi. Bertaut kembali tangan dua sejoli ini. Berjalan ke tempat beg,
dan mengangkat beg masuk ke troli.
EPISOD 3:
Selesai sudah urusan imigresen. Tak susah untuk lepas. Jam sudah
hampir pukul 8 pagi, seperti dalam perancangan Naufal, mereka perlu menuju ke
stesen keretapi berdekatan untuk menaiki keretapi menuju Nagoya station.
Agaknya bagaimanakah rupa keretapi Negara Jepun yang terkenal dengan
pengangkutan paling maju ini. Dalam kepalanya sudah terbayang cerita Doraemon.
Dengan bangunan canggih masa depan.
Begitu juga Dragon Ball dengan kapsul kereta yang boleh terbang. Naufal
tersenyum sendiri. Cerita imaginasi yang membawa fikiran melayang.
Lalu, Nuha dan Naufal berjalan menuju tangga. Mereka perlu menuruni
tangga untuk sampai ke kaunter tiket stesen keretapi Chubu Centrair
International Airport. Seolah sama juga seperti KLIA yang mempunyai stesen KLIA
EKSPRESS yang menghubungkan lapangan terbang dengan bandar sekitarnya.
Nuha bersuara “Jepun ni sistematik sangat kan. Tengok tu”. Nuha menunjukkan
sesuatu didinding. Ada tertulis, lift (40m) dengan penunjuk arah depan.
Bersungguh betul Nuha. Dia teruja dan gementar dia makin hilang. Seronok
melihat keadaan baru disitu. Naufal senyum. Senyum itulah yang menggegarkan
jiwa Nuha. Sambil mata dikecilkan, Naufal berjenaka “nak duduk Jepun dengan
abang?”. Nuha sudah hilang suara. Hanya boleh palingkan wajah sebentar untuk
meredakan pipinya yang memerah. Nuha senyum malu. Naufal menarik tangan Nuha
dan digenggam erat. Ada makna dari genggaman itu. Mereka terus berjalan menuju
ke stesen keretapi.
Sampai saja ditempat yang dituju, Naufal terus membeli tiket
dengan menggunakan mesin. Ada pilihan bahasa inggeris. Jadi agak mudah bagi
pelancong Malaysia yang menggunakan abjad untuk memahami penunjuknya. Terus
dibeli tiket untuk dua orang. Satu laluan sahaja dengan bayaran ¥ 2460 (dalam harga RM 100 untuk perjalanan 40 minit).
Begitu sekali nilai duitnya. Naufal sudah mengira-ngira peruntukannya sebelum
ini. Jadi, waktu-waktu menggunakan duit, dia sudah tidak berfikir panjang.
Makin difikir, barangkali boleh dibatalkan pembelian kerana dibandingkan
nilainya dengan ringgit.
“ Yes!! Dah siap. Ini
dia tiket kita sambil tangannya menghulurkan sekeping kad kepada Nuha. “Nuha
pegang satu, abang pegang satu. Jom kita duduk disana” Ajak Naufal sambil
sebelah lagi tangannya mengheret beg. Beg itu tidak terlalu berat untuk penggunaan 8 hari di Jepun. Cuaca sejuk
berangin begitu, badan tak akan berpeluh dengan kuat dan baju biasanya kurang
berbau. Cuacanya tak sama macam Malaysia. Musim ini,musim bunga. Sangat
cantik.
Tiba-tiba Nuha
berhenti. Naufal berpaling,” Kenapa Nuha?
(bersambung)

No comments:
Post a Comment