Tuesday, June 26, 2012

KANAK-KANAK KREATIF-KUMPUL$260,000 MASA UMURNYA 9TAHUN



Caine Monroy cuma seorang kanak-kanak biasa.
Dia membina permainan arked dari kadbod di kedai aksesori kereta ayahnya. Permainan arked tersebut adalah bisnes, dan bukan sekadar suka-suka.
Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Namun, 0 pelanggan.
Satu hari datang seorang pelanggan bernama Nirvan Mullick juga pelanggan pertamanya mencuba permainan arked kadbod tersebut dan tertarik dengan kreativiti anak cilik ini. Dia merupakan seorang pembuat filem dan merancang untuk membangunkan bisnes Caine’s Arcade.
Melalui video, Facebook dan Reddit, Caine’s Arcade menjadi viral dan bisnes meletup. Sehingga tarikh post ini ditulis Caine’s Arcade telah mengumpul lebih dari $206,000.
Wow. Idea yang simple. Kos yang sangat rendah. Kreativiti yang tinggi.
Sudah pasti, kehadiran Nirvan Mullick merupakan satu Tipping Point (istilah Malcolm Gladwell) atau the Dip (istilah Seth Godin).

Monday, June 25, 2012

Antara Salah Laku Anak dan Hukuman


Antara Salah Laku Anak dan Hukuman

On 18/06/2010, in Buku Saya Digital, by Abu Saif | 17,479 views | Print Print | Email Email |
“Siapa pecahkan pinggan ini?” si ibu menjerit.
Anak-anaknya yang berderet itu membatukan diri.
Mustahil ada yang mahu mengaku.
“Siapa buat? Kak Long? Angah? Siapa yang buat?” si ibu yang sedia letih itu melempiaskan amarahnya.
Kak Long, Angah, Achik, semua mereka mendiamkan diri. Jantung masing-masing berdegup kencang.
Ibu yang keletihan mencari pesalah, akhirnya mengambil jalan mudah. Ketiga-tiga anaknya dihukum. Mereka dicubit seorang demi seorang.
“Yang bersalah tidak mengaku. Yang tahu siapa yang bersalah bersubahat tidak mahu memberitahu. Semua salah!” ibu cuba melogikkan tindakannya menghukum mereka bertiga.
JERITAN BIASA
Jeritan itu adalah jeritan yang biasa kita dengar di rumah.
Mungkin rumah orang, mungkin rumah kita.
Apabila berlaku sahaja sesuatu yang tidak kena, soalan yang spontan keluar, “siapa yang bersalah?”
Soalan seperti ini melayangkan mesej yang jelas bahawa ia akan berakhir dengan hukuman. Sama ada kesemua mereka mengambil tindakan mendiamkan diri, atau mereka mungkin segera saling menunding jari. Kita sebagai ibu bapa yang terkeliru, enggan malu kerana gagal menyelesaikanpuzzle itu, lalu mengambil jalan mudah menghukum mereka semua.
Kebijaksanaan kita sebagai orang dewasa, menerbitkan pelbagai alasan untuk menjustifikasikan keadaan.
Namun tahap pemikiran anak-anak hanya berakhir dengan kesimpulan-kesimpulan yang membinasakan.
Mereka saling bermusuhan, saling salah menyalahkan, malah belajar menipu kerana terdesak mengendalikan rasa takut yang berlaku.
PRIMUM NON NOCERE
Situasi ini mengingatkan saya kepada satu ungkapan yang sering disebut oleh ahli psikologi malah para doktor di Wad Kecemasan. Kata mereka, “Primum non nocere!” Maksudnya ialah “paling penting, jangan memudaratkan!”
Apa-apa sahaja yang berlaku, pastikan tindakan yang mahu diambil jangan memudaratkan. Ada kalanya, dalam kes-kes di hospital adalah lebih baik untuk tidak memberikan rawatan, berbanding bertindak sesuatu yang mencetuskan mudarat ke atas pesakit. Ia adalah etika perubatan yang penting.
Sama juga halnya dalam proses mendidik anak-anak.
Apa-apa tindakan yang mahu diambil, pastikan jangan ia berakhir dengan kemudaratan. Tatkala kita gagal memutuskan tindakan paling tepat, amat malang jika tindakan kita tidak melontarkan mesej yang betul, sebaliknya menyemai rasa benci dan mahu membalas dendam.
Saya sendiri pernah bertemu dengan anak remaja yang berkhayal mahu terbabit dalam upacara pengebumian bapanya, untuk kepuasan diri!
PSIKOLOGI PENUMBUK
“Aah, ustaz. Saya tak makanlah cadangan-cadangan ustaz. Bagi saya, ini dia namanya psikologi!” kata seorang lelaki sambil menggenggam penumbuk di tangannya.
“Anta technician elektrik, kan?” saya bertanya.
“Ya. Saya jaga bahagian komputer-komputer di makmal kampus ini!” katanya.
“Kalau komputer rosak, anta guna ke penumbuk itu sebagai psikologi untuk memperbaikinya?” saya melontar soal.
“Mana boleh. Komputer mesti diperbaiki mengikut manual” jawabnya tegas. Menghormati profesyennya sendiri.
“Habis kalau anak bermasalah, apakah tiada manualnya lalu diperbaiki hanya dengan penumbuk itu?” saya menyudahkan soalan.
Sepi.
Beliau diam.
Saya pun diam.
Saya bukan marahkan lelaki itu.
Saya marahkan diri saya sendiri. Seorang bapa yang semakin bertambah anak, semakin anak membesar, semakin hilang kepercayaan kepada manual membetulkan tingkah laku anak-anak. Mahu mencari penyelesaian segera. Penyelesaian yang sering berakhir dengan kemudaratan. Anak tidak belajar sesuatu, sebaliknya menambah dendamnya terhadap kita yang semakin gagal menangani dia.
Bukan kerana buruk niat dan tujuan.
Tetapi kerana tiada kemahiran.
Kemahiran yang tidak datang sendiri. Kemahiran yang mesti dipelajari. Dari semasa ke semasa.
CIKGU JATUH
Puan Sabariah adalah guru senior di sebuah sekolah.
Orangnya berhemah. Tidak pernah menjatuhkan harga diri.
Tetapi hari itu dia tergelincir dan jatuh terlentang di depan kelas.
Sakitnya bukan kepalang.
Tetapi sakit hatinya berganda-ganda lagi apabila murid-murid mentertawakan dia.
Puan Sabariah bangun perlahan-lahan dan kemudian berdiri tegak membetulkan diri.
“Itu pelajaran pertama saya kepada awak hari ini. Sesiapa sahaja dalam hidup ini boleh jatuh dalam kehinaan, tetapi dia mampu bangkit dan berdiri teguh semula!” katanya dengan penuh hemah dan ketegasan.
Kelas sepi.
Ulasan itu sangat berhikmah.
Puan Sabariah menunjukkan betapa ketawa anak muridnya tidak mampu dibersihkan dengan tengkingan atau kemarahan. Sebaliknya dengan sedikit kesabaran, dia membetulkan keadaan dengan kebijaksanaan. Dengan hikmah.
Hikmah yang kita perlukan sebagai ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak.
HIKMAH KENABIAN
Semasa bapa saudara kepada Abu Rafi ibn Amr al-Ghifari seorang anak kecil, beliau gemar membaling batu ke pokok-pokok tamar kaum Ansar.
Budak itu dibawa mengadap Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Beliau takut. Bimbang dihukum oleh Baginda.
“Wahai budak, mengapa kamu membaling batu ke pokok-pokok tamar itu?” Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.
“Saya membaling batu ke pokok-pokok tamar itu kerana mengharapkan buah tamar gugur dan saya boleh memakannya” jawab budak itu.
Jujur.
Bukan jahat, tetapi bingung pada usianya.
“Jangan baling batu ke pokok-pokok tamar. Tetapi makan sahajalah apa-apa yang sudah (ranum dan) gugur di bawahnya” nasihat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Lalu Baginda mengusap kepala budak itu sambil berdoa, “Ya Allah, kenyangkanlah budak ini”
Baginda sentiasa demikian.
Konsisten.
Mempamerkan bahawa komunikasi efektif adalah cara terbaik pada membetulkan keadaan.
Jauh dari hukuman yang jarang-jarang sekali menawarkan penyelesaian.
SALING MEMBERANAKKAN
Salah laku dan hukuman bukan antonim yang saling membatal dan menyelesaikan. Malah kedua-duanya memberanak dan menyuburkan lagi antara satu sama lain. Salah laku memberanakkan lebih banyak hukuman semberono. Hukuman semberono membanyakkan lagi salah laku. Hukuman yang tidak tepat tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya ia mengajar anak-anak untuk lebih bijak dan licik melepaskan diri.
Siapa kata mendidik anak mudah?
Pastinya, saya tidak pernah berani berkata begitu.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Saifulislam.Com kini dihoskan di sebuah Dedicated Server. (RM850/sebulan) Sumbangan anda untuk membiayai kos operasinya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khayr al-jazaa'





© SAIFULISLAM.COM (1997– 2012)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra, Kajang

Saturday, June 23, 2012

big library

saya suka buku sejak zaman belajr lagi. sekolah menengah punya lah banyak buku.jika pergi mana-mana mall/mana-mana tempat yang ada tempat best pilih buku, mesti berjam-jam duk tilik buku. sehingga sekarang sy masih suka buku, namun situasi kadang-kadang membataskan peluang utk bercinta dengan buku seperti zaman bujang. maklumlah, ada anak kecil, 24jam pun terasa seprerti tidak mencukupi.

zaman era it sekarang ni pun, byk entry-entry menarik dalm internet yang sekdar di hujung jari. tekan saja dah dapat info, tapi bg sy, buku lagi bermakna.tak tahu kenapa.

setelah berkahwin,alhamdulilllah, Allah kurniakan suami yang juga pencinta buku. sangat mencintai bukunya. saya amat bertuah memilikinya =) semoga aliran darah pencinta buku ini mengalir ke dalam anak-anak kami.

niat sy utk ada mini library ssendiri. skrg sudah ada yang kecil, memandangkan rumah skrg masih disewa, namun, akan sy mulakan dari skrg =)

sapa setuju? angkat tangan...=)

MULAKANLAH

pernahkah kita dengar,  kata-kata yang menyatakan Ada 3 kategori manusia :- 


BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam 

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam 
maka, tetapkanlah matlamat, dan berusahalah mencapai matlamat itu dan berdoalah kepad Allah agar dimudahkan jalan utk mencapainya. Yakinlah bahawa tiada istilah lewat dalam memulakan. 

seperti hadis ini Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Jika hari Kiamat datang dan di tangan seseorang dari kalian terdapat benih kurma, maka jika ia masih sempat menanamnya sebelum Kiamat tiba, tanamlah benih kurma itu.” (Riwayat Al-Bukhari & Ahmad)

1. Hadits ini mengajar kita erti komitmen dan nilai beramal utk  segala yg baik.

2. Kita hendaklah sentiasa berusaha melakukan kebaikan jika terdapat peluang, walau pun esok akan berlaku hari Kiamat.

3. Kita hendaklah beramal untuk kebaikan walaupun kita tahu bahawa kita tidak mungkin akan dapat mengecapi hasil usaha kita di dunia ini. Sesuatu amal kebaikan tidak semestinya diraih manfaat oleh kita yang melakukannya di dunia ini. Namun kita tetap akan meraih kebaikan dari amal berkenaan, jika ia bermanfaat untuk generasi akan datang.

4. Apabila kita beramal untuk kebaikan, keperihatinan utamanya ialah untuk mengecapi hasilnya di akhirat kelak bukan di dunia ini. Maka sebab itu, walau pun Kiamat akan berlaku esok dan dia tahu bahawa kebaikannya itu tidak akan menghasilkan apa-apa kebaikan di dunia, dia tetap dianjurkan untuk melakukan kebaikan itu. Dengan perspektif seperti ini, kita akan kurang merasa kecewa jika usahanya tidak mendatangkan hasil semasa hidup kita.

5. Kita tidak seharusnya menangguh-nangguh amal kebaikan yang dia boleh lakukan. Jika kita dianjurkan untuk terus melakukan sesuatu amal, walau pun Kiamat akan tiba esok, apatah lagi dalam situasi yang bukan seperti itu.

6. Kita hendaklah merebut peluang untuk melakukan kebaikan sekecil mana sekali pun seperti menanam benih. Kita tidak harus memandang remeh sesuatu amal kerana menganggap ia adalah amal yang kecil.

7. Hadits ini juga mengajar kita agar bersifat optimis, walau pun akan berhadapan dengan Kiamat pada esok hari.


Pasti semua orang pernah ada angan-angan. tidak kira lah sama ada negetive atau pun positive. pandangan pertama. apa yang penting kejayaan manusia yang berjaya masa kini pasti bermula dengan angan-angan. tidak salah jika berangan malah jangan pula menerus rasmi mat jenit yang jatuh bersama kelapanya.

lewat memulakan adalah jauh lebih baik daripada tidak berbuat langsung

8 sebab ESP perlu untuk ibu

Seorang ibu kan ada banyak tanggungjawab. Selain uruskan keluarga dan kerjaya, ibu-ibu selalu sangat abaikan diri sebab berkorban untuk fokus kepada yang lain. 

Komitmen begini selalunya sangat menjejaskan pengambilan makanan ibu-ibu ni, sebab kita kerap ambik makanan yang tak berapa seimbang atau tak makan sebarang makanan langsung. Kadang-kadang kita jenis yang 'tak apalah makan apa pun, asalkan isi perut'. Lama-lama nutrisi dalam badan makin drop, mula lah penat letih, stress dan sebagainya.


yang sebenarnya, amat penting bagi seorang ibu untuk ambik minuman protein soya ni sebab ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian.

Jom kita berkenalan lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.

ESP Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan Yang Berkualiti Tinggi


  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan. 
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti. 
  • Mengandungi 9 asid amino. 
  • Tinggi dengan kalsium. 
  • Tanpa kolesterol 
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol

best kan tengok dia punya kelebihan esp ni kan? 

Protein Soya – Nyalakan semangat hidup anda!]
Protein soya mengandungi kesemua asid amino penting untuk menyokong sistem imunisasi yang sihat bagi mengekalkan kualiti kehidupan. 


Membekalkan Anda Tenaga Yang Berterusan Sepanjang Hari
Tenaga yang berterusan bermakna stamina yang lebih baik sepanjang hari! 
Protein soya mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah membantu menstabilkan paras gula darah serta membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. 
Dengan nutrien ini dalam pemakanan harian, anda dapat mengatasi keletihan dan kekal cergas sepanjang hari!


Menggalakkan Paras Kolesterol Yang Sihat
Peredaran darah yang lancar adalah amat penting untuk memastikan jantung anda terus mengepam dengan kuat. Sekarang ni, risiko menghidapi masalah jantung turut meningkat seiring dengan usia kita. 

Tahukah anda bahawa 25g protein soya setiap hari mampu mengurangkan kolestrol darah? Mulakan dengan menambahkannya dalam pemakanan anda agar ia membantu meningkatkan paras lipoprotein berketumpatan tinggi, HDL (kolesterol baik), sementara menurunkan paras lipoprotein berketumpatan rendah, LDL (kolesterol tidak baik). Ia juga dapat membantu mengurangkan paras trigliserida (lemak dalam darah) (1) 


Meningkatkan Seri Kulit 
Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda (2) . 

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit (3). 


Menguatkan Rambut dan Kuku
Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurang nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh (4)


Melegakan Ketidakselesaan Perut 
Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. 

Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat (5)


Menyokong Kehamilan Yang Sihat 
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Dan protein itu perlu dipilih dari sumber tumbuhan untuk mengelakkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung ibu hamil. Kita kan selalu mengah waktu hamil. JAdi, kurangkan pengambilan protein sumber haiwan.

Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat (6)

Menggalakan Penghasilan Susu Ibu 
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir (7). 

Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar


Saya sentiasa bergerak aktif, membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Saya minum protein soya untuk kekal aktif dan sihat. 
• Kulit yang lebih licin dan berseri.
• Kehamilan sihat dan penyusuan susu ibu yang lancar.


Next saya akan share 5 tips untuk bantu pemilihan minuman protein yang betul.  Jom klik sini.


Rujukan kajian yang boleh dirujuk jika mahu. 
(1)  Anderson, J.W., Johnstone, B.M. and Cook-Newell, M.E., 1995. Meta-analysis of the effects of soy protein intake on serum lipids. New England Journal of Medicine, 333(5), pp.276-282. 

(2) Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics (Sao Paulo). 2009, 64, 505-10 

(3). Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci Vitaminol. 2007, 53, 57-62

(4) WebMD. How Diet Affects Your Hair. Available at http://www.webmd.com/beauty/hair-health-11/eat-hair-type?page=1. Last accessed May 9, 2014

(5) Alada A.R.A, Ajayi F.F, *Alaka O.O and Akande O.O, Gastric Acid Secretion and Experimental Ulceration in rats fed Soybean Diet Preparations , African Journal of Biomedical Research, Vol. 8 (2005); 203 - 205

(6) Selma C.L , Gurmeet S , and Kim M, Effects of protein energy supplementation during pregnancy on fetal growth: a review of the literature focusing on contextual factors. Food Nutr Res. 2013; 57: 10.3402/fnr.v57i0.20499

(7) Martin C.R,Pei-Ra Ling P.R,and George L. Blackburn G.L. Review of Infant Feeding: Key Features of Breast Milk and Infant Formula, Nutrients. 2016 May;

Friday, June 22, 2012

APABILA ANAK MEMINTA SESUATU





Pernahkan anda mengalami hal ini..?

Anak anda Menangis tiada henti ketika meminta sesuatu?
Anak anda Melempar barang ketika keinginannya tidak terpenuhi?
Anak anda Berguling –guling di lantai sambil menangis ketika keinginannya tidak terpenuhi?
Atau mungkin merayu  minta simpati dan akhirnya anda tidak tega dan akhirnya memberikan apa yang anak anda mahu?

Jika YA, ini adalah artikel yang tepat untuk anda, jika TIDAK share ke orang lain yang pernah mengalaminya

Kenapa anak bersikap begitu? Anak sedang menguji ke-KONSISTENSI-an kita, apakah kita benar2 serius menolak permintaan dia.

Ketika dia misalnya minta barang di supermarket, dan anda bilang :TIDAK. Dia masih menangis.

Anda cuba tenangkan dan menerangkan ...namun, makin kuat anak menangis.

Anda cuba alihkan perhatian .....semakin kuaaat nangisnya

Akhirnya anda melihat ada banyak mata memandang anda, dan ada yang berbisik bisik...(kebetulan anda dengar) “ish, anak nanges trlolong-lolong, takkan dibiarkan saja?tak kesian ke?”

Daripada malu...anda akhirnya bilang :” ya baiklah, mama/papa belikan , tapi untuk kali ini saja ya”

kan...anda sudah tidak KONSISTEN dengan ucapan anda, dan ini DIPELAJARI oleh anak anda. Next time anak anda akan mengulang perkara yang sama......dan anak andapula berfikir dan tersenyum :”hmm jadi bagini caranya untuk keinginanku terpenuhi”

Jadi apa yang harus dilakukan?Tipsnya:

alternatif 1:
Biarkan saja anak menangis sekeras-kerasnya.berguling-guling juga.

Biarkan anak menangis , dan anda katakan padanya:

mama/papa tahu kamu MARAH/tidak puas hati kerana tidak mau belikan barang itu, tapi, mama/papa memang tidak beli kerana(jelaskan alasannya). Sekarang kalau kamu masih nak  marah, marahlah...mama/papa tunggu sampai kamu selesai marah.

Alternatif 2 :
Atau kalau tidak : ambil kertas dan crayon/alat tulis , katakan : kamu marah...sekarang gambarkan perasaaan marah itu diatas kertas ini, tumpahkan semua kemarahanmu .

BERAPA LAMA ANAK AKAN MENANGIS?
memerlukan masa dalam 20 minit untuk meluapkan perasaan marahnya dan 10 minit untuk kembali ke state awal, lalu kembali pada anda. Jadi TOTAL WAKTU yang anda butuhkan adalah 30 MiNIT. Ini hanya anggaran sahaja...mungkin boleh kurang dan boleh jadi juga lebih.

Setelah dia tenang, kita katakan pada dia bahawa kita tetap sayangkannya walau apapun yang terjadi, dia akan rasa dihargai dan diterima dan sikit masa lagi akan dapat mengawal diri dengan lebih baik.

Sekarang tinggal anda......apakah anda KONSISTEN??

Salam hidup lebih baik,

Kredit:
Jimmy K Santosa
Terapis
Trainer Sekolah Orangtua


JANGAN LABEL ANAK NAKAL




Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebut yg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmaya. 

kredit : fb prof dr muhaya


MOTIVASI


::Sentiasa sebut, Ilahi kau yang ku tuju, redha Mu yg ku cari, kurniakan padaku mencintai Mu dan mengenal diriMu ::Prof Dr Muhaya

Thursday, June 21, 2012

LAGI KEGEMBIRAAN DENGAN SET B: SET MENYUSU SHAKLEE


KITA JUGA MAMPU MENJADI SEPERTI MEREKA








APA ITU ZINK?


Info

Zinc dikatakan bertanggungjawab serta terlibat di dalam melebihi 100 proses enzim badan. Enzim ialah kimia-kimia penting yang menjadikan asas kepada fungsi-fungsi tubuh badan. Enzim membantu mengawalselia (regulate) semua proses –proses biokimia badan. Umpamanya enzim berkerja dengan sel darah merah untuk memindahkan carbon dioxide dari tisu-tisu ke paru-paru, proses pengeluaran tenaga dan Synthesis Protein (pembinaan protein) dan metabolisma.
Zinc sangat penting dari pertumbuhan sel sehingga ‘sex maturation’, membantu mengukuhkan system pertahanan badan dan membantu dalam deria rasa dan bau ( taste & smell)

Apabila system pertahanan kuat ia membantu mencegah batuk (colds), selsema(flu), sakit mata (conjunctivitis), rheumatoid arthritis, lupus (sejenis sakit kulit), fibromyalgia, sclerosis, AIDS...

Zinc juga memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif dan yang nyata zinc membantu pengeluaran insulin – sangat berguna bagi pengidap kencing manis

Berkesan untuk kebanyakan sistem badan. Ia berguna untuk pengeluaran tenaga – B6 diperlukan untuk proses pengeluaran tenaga dari makanan. Zinc membantu merawat acne – jerawat/jeragat, kebakaran kulit (burns), eczema, psoriasis (sakit kulit – bersisik), kekuatan rambut, scalp, penglihatan (vision loss people over 50 years), tinnitus (ringing in the ear), osteoporosis ( kekuatan tulang), haemorrhoids, ulcers dan juga inflammatory bowel disease


TANDA-TANDA KEKURANGAN ZINK
- deria rasa dan bau hilang atau berkurangan
-terdapat tanda putih di bahagian kuku jari
-kurang selera /tidak boleh mengawal selera
-muka kelihatan pucat
-ketidaksuburan atau mandul
-mudah / sering di serang infansi
-kulit bermasalah (jerawat/jeragat/jangkitan kulit)
-keguguran rambut



ZINK BOLEH MUSNAH DISEBABKAN OLEH

  • Stress
  • merokok
  • peminum
  • berpeluh yang banyak
  • kekerapan seks


KEKURANGAN ZINK AKAN MENYEBABKAN:
  1. penyembuhan luka menjadi lambat.
  2. kehilangan deria rasa dan bau. kesan ini akan mempengaruhi pola makan dan minum pengidap dan akhirnya selera makannya akan hilang (aneroxia) dan bulimia.
  3. antara penyebab kemandulan/sukar mendapatkan zuriat.
  4. boleh mengakibatkan ruam
  5. pembesaran yang kurang normal (kerdil)
  6. rambut mudah gugur
  7. masalah hati
  8. penyakit usus



SIAPA YANG MEMERLUKAN ZINK?


  • pada hakikatnya semua orang terutamanya kanak-kanak yang memebsar.
  • mereka yang berumur lebih 55 tahun
  • ahli sukan
  • orang yang diet
  • perempuan mengandung
  • ibu menyusu
  • mengamalkan pil perancang
  • mereka yang menghadapi stress yang berpanjangan
  • bekerja di tempat panas dan yang menyebabkan sentiasa berpeluh.



SUMBER ZINC 

Kita boleh memperolehi zinc daripada daging – kambing juga lembu, oyster, ikan haruan, kuning telur, makanan tenusu ( Dairy Products), kekacang, gandum hitam dan juga bijiran seperti oats. Bagi mereka yang mempunyai kekangan untuk mengambilnya dari sumber asli boleh mendapatkannya dalam bentuk tablet.


kredit: http://www.yourfabulousmama.com/search/label/zinc

Friday, June 15, 2012



Akhir-akhir ini, pengeluaran kosmetik sangat hebat. terdapat bermacam-macam jenis dan jenama kosmetik di pasaran, bermula dengan harga yang murah, mampu milik sehinggalah kepada yang amat elit harganya. 

berita-berita di dada akhbar juga tidak kurang yang melaporkan ada beberapa syarikat kosmetik yang tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan kosmetik yang mengandungi bahan terlarang. akibatnya, para penggunalah yang akan menanggung akibatnya seumur hidup. walaupun kita masih mampu untuk menuntut ganti rugi akibat daripada kesan itu, namun, tiada siapa yang boleh mengembalikan kembali aset kita yang sudah rosak. jadi, berfikir panjang sebelum bertindak.

produk mahal vs produk murah

kebiasaannya, di fikiran kita akan menyatakan bahawasanya produk murah adalah tidak elok dan produk mahal akan memberi kesan yang baik. Namun x semua produk adalah berciri begitu. jangan hanya kerana hanrganya yang mahal, kita merasa selamat dengannya. perlu dikaji terlebih dahulu sebelum meebuat keputusan untuk membeli.
antara kosmetik dan makanan tambahan

ramai  di antara kita yang sanggup berhabis untuk menjadi cantik dengan mencari produk kosmetik termahal dalam pasaran. namun masih tidak ramai lagi yang berkesedaran akan keperluan kita kepada makanan tambahan/supplemet walaupun telah ada kajian-kajian specifik berkenaan kebaikan makanan tambahan itu. tidak pasti apakah sebabnya orang-orang kita sangat susah untuk mempercayai produk makanan tambahan. mungkinkah kerana ianya berbentuk makanan yang mungkin tidak nampak kesannya. Namun, sedarkah kita, bahawa orang bangsa lain sangat mementingkan makanan tambahan? orang cina dengan sarang burungnya, orang barat dengan suplement-suplementnya . 

telah tiba masanya kita kembali kepada makanan tambahan yang bebas daripada kimia-kimia organik. cantik dalaman akan menyerlahkan kecantikan luaran. sudah ramai yang mencuba, anda juga mampu. 

~~~~SHAKLEE for all.

Wednesday, June 13, 2012

MENUJU RAMADHAN


Sedar tak sedar kita sudah berada di akhir rejab. hari ini 14 jun 2012 bersamaan 24 rejab 1433h. dan tatkala rejab hampir melabuhkan tirainya Sy'bn bakal menyusul dan Ramadhan semakin menunjukkan wajahnya. persoalannya:

SUDAH BERSEDIAKAH KITA UNTUK BERTEMU RAMADHAN YANG MULIA?

sebagai isteri yang juga seorang ibu, pelbagai persoalan bermain di minda. terfikir, samaada telah melaksanakan tanggungjawab sebaiknya. tanggungjawab paling besar iaitu sebagai hamba kepada Yang Maha Agung. dengan keterbasan waktu yang kita punyai, dengan kesibukan harian yang mungkin menyekat segalanya, adakah tanggungjawab kepadaNya telah kita laksanakan sebaiknya? itu persoalan ditujukan kepada  diri sendiri yang semakin alpa dalam kesibukan dunia. 

MAKA:

disini, ingin sekali saya mengajak sahabt2, kawan2 blogger mahupun pelayar-pelayar maya,. marilah kita sama-sama berusaha untuk semakin menghampirkan diri kepadaNya dalam waktu yang masih tersisa. semoga impian / keinginan yang kita idamkan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan di kemudian Hari.

sekian, semoga bermanfaat semua.

http;//www.bijaksihat.blogspot.com

SALAM PEMBUKAAN bijaksihat.blogspot.com


Salam perkenalan kepada semua rakan-rakan blogger, pelayar-pelayar alam maya, pengembara-pengembara bertetingkap monitor dan semua yang sudah mengenali mahupun masih belum ditaarufi.
segala yang bermula sudah tentunya bermatlamat bukan? dan disini matlamat saya dalam membina blog adalah untuk berkongsi maklumat-maklumat  terutamanya dalam penggunaan suplement untuk kesihatan, keibubapaan, serta menjaga dunia hijau.


Jadi, disini,ingin saya maklumkan:

Kepada sesiapa yang ingin menulis artikel dan ingin artikelnya disiarkan/di sharekan bersama, boleh add saya di emel nininisrin@gmail.com. sama-sama kita berkongsi maklumat.

dan juga kepada sesiapa rakan-rakan blogger yang berminat untuk di list kan blognya di blog ini, boleh juga emel sy, sy sgt mengalukan, semoga tautan kita bertambah erat dengan permulaan ini.

tidak bercadang untuk berceloteh panjang di awal perkenalan ini, hanya sekadar ingin mengucapkan salam perkenalan dari saya. semoga setiap entri yang akan hadir di blog ini bermanfaat kepada semua, dan jika ada  kesilapan/kelemahan di dalam entry saya nanti,  adalah amat dialu-alukan teguran daripada anda semua.

sekian dari saya buat masa ini.


www.bijaksihat.blogspot.com
shaklee distributor, (perlis)