Tuesday, October 23, 2012

Cantik dengan Collagen igauan wanita

Bila sebut kolagen je mesti ramai fikir CANTIK. 
Sebenarnya cantik tu memang ya, tapi Shaklee Collagen Powder menawarkan lebih dari itu!
.
.
Kan best kalau kulit kita pun jadi begini. kan kannn. 

Kenapa perlu cuba Collagen SHAKLEE?
Ha, Collagen Shaklee ni pulak diperbuat dari sisik ikan merah laut dalam. Tekanan udara dalam laut dalam kan tinggi. Jadi sisik dia ni memang tahan lasak la. Ia adalah sumber kolagen yang kuat gituuuu.
.
.
Tambahan Collagen Shaklee ni di buat halussss. 1000 Dalton saiz dia. Mudah serap. Tu ramai kata tak sampai sekotak dah nampak kulit makin ploles.

Formula dia campur lagi 6 bahan yang lain. Ektrak-ektrak biji Camelia, pfaffia, kerangan laut, lactobacilus dan juga ada vitamin c,b2 dan b6)

Nak bagi penyerapan lebih mantap la orang kata. 


Ni dia 6 bahan tambahan tu. 

So, siapa yang patut ambil kolagen?

  • Wanita yang berusia '30 tahun ke atas' untuk lewatkan penuaan kulit.  (umur 20 tahun kolagen mula berkurang setiap tahun).
  • Wanita yang pernah bersalin.
  • Ingin menegangkan dan mengetatkan 'aset utama wanita' (Punggung, Breast dan miss V).
  • Wanita yang mahu hilangkan lebam bawah mata, dan ingin kulit menggebu.
  • Nak badan anjal dan montok semula. 
  • Nak kulit cerah dan glowing, pinkish.
  • Nak kulit bebas jeragat dan pori dalam.

Siapa termasuk dalam list ðŸ‘†? Jom SCP! ðŸ˜‰.



Bila waktu terbaik minum Collagen?
Jawapan : ketika perut kosong. Sebab Collagen dapat di serap ke seluruh badan kita tanpa gangguan. Pagi-pagi macam ni elok minum 1 sachet collagen. Sebab sarapan jam 8.30 nanti kan.
Tengok teksture dia. Halussss

Dalam bentuk sachet. Mudah bawa, dan ringan.






TESTIMONI COLLAGEN NI BERLAMBAK-LAMBAK DAH. 
Biasanya bila sampai promosi collagen,ejen shaklee pun gilanak beli banyak-banyak. 































Wednesday, October 17, 2012

get clean water pitcher



MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Friday, October 12, 2012

chewable vitamin c (kanak-kanak)

kanak-kanak biasanya suusah nak makan sayur. (mak budak pun sama, hee..saya latu) anak sy akan mkn sayur klu kita blend bersama nasik. dkrg umur dia dah 19bulan, jd kadang2 sy blend jugak sb nk bg dia mkn sayur.

skrg ni, saya dah mula bagi dia omega guard untuk perkembangan otak dia, dan vitamin c chewable utk imuniti dia. alhamdulillah, lepas amek ni, selera dia mkin ok, dan dia makin mudah nak makan.suka mami taw

antara fungsi/manfaat chewable vitamin c 100mg ni adalah:


Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

harganya? aiiih..murah aje.. dalam +-rm0.40 je sebijik. dalam tu ada 90 bijik. memang sgt berbaloi la..(untuk anak-anak kan..)

atasi masalah buasir dengan....

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

UBAH GAYA HIDUP anda & CEGAH simptoms dengan supplemen SHAKLEE !!!

♥ OSTEMATRIX : bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

♥ OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

♥ ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.





Thursday, October 11, 2012

manfaat multipurpose cream-HERBAL BLEND



  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. 


Saturday, October 6, 2012

herbal blend untuk masalah kulit




Inilah rupanya dalam tiub 4 oz yang tahan lama.
Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary… dan diuji secara klinikal tau.

Antara kegunaan Herbal Blend Multipurpose Cream ni adalah:

  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal/ekzema
  • Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
  • Menghilangkan ruam pada bayi
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian

jika inginkan sample percuma herbal blend, sila pm sy di fb =)

Thursday, October 4, 2012

CADANGAN SET RESDUNG/ATHMA/EKZEMA/ALLERGIC,



Shaklee Vitamin C Sustained Release 500 mg – antioksidan, memperbaiki sel-sel  rosak
 Shaklee B complex  – sebagai agen penenang dan penstabil hormon
Shaklee Alfalfa – Klorofil yang terkandung dalam alfalfa membantu mengurangkan keradangan dan gatal-gatal akibat lima penyakit di atas 
(alfalfa tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidap SLE iaitu penyakit antibodi berlebihan dalam badan

Cara pengambilan:

1. Shaklee Vitamin C Sustained Release 500 mg -2 kali sehari (pagi dan malam)
2. Shaklee B complex – 1 biji sehari.
3. Shaklee Alfalfa – 4 biji sehari (2 pagi dan 2 malam

Dengan pengambilan Vitamin  Shaklee secara konsisten, ia mampu merawat penyakit resdung yang kronik tanpa perlu membuat rawatan resdung. Insyaallah dengan izinnya. Kita hanya mampu berusaha, doa dan tawakal.
Mudah-mudahan, setelah mengamalkan Vitamin  Shaklee, anda tidak lagi mengalami masalah:
-Bersin setiap pagi
-Gatal telinga & tekak
-Mengalir cecair putih setiap masa
-Batuk berkahak
-Nafas berbau
-Gatal hidung & mata
-Sakit kepala
-Sakit gusi

rambut gugur


sumber:majalah Pa&ma


Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa Anda perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan SegarTembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan 
merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

info nutriferon


Bila cakap tentang Nutriferon, mesti kita terus ingat Nutriferon ni bagus bila demam, selsema, batuk, untuk resdung kan.. tapi sebenarnya ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni..
 

Faedah utama:

Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Vitamin UNTUK ANAK KURANG SATU TAHUN


Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang sedar pentingnya keperluan supplemen dalam mengisi ruang nutrisi dalam badan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen bukanlah ubat sebaliknya ia membantu mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan oleh badan. Nutrien yang berlebihan atau tidak diperlukan akan dibuang oleh badan. Apabila badan mempunyai nutrisi yang cukup, maka setiap sel, organ, sistem akan bergerak dengan lancar dan menjadikan individu lebih sihat.

Oleh itu, kami TIDAK mencadangkan pengambilan supplemen untuk bayi di bawah usia setahun, kerana keperluan utama bayi ketika ini adalah susu. Dan susu yang terbaik di dunia adalah SUSU IBU. Melalui susu ibu, nutrient yang diperlukan akan disalurkan kepada bayi. Walaupun, pemakanan bayi bermula tempoh 6 bulan, itu hanyalah perkenalan kepada pemakanan. Makanan utamanya masih susu ibu. 

Sebaliknya apabila anak mencecah usia 1 tahun, susu ibu menjadi pelengkap sahaja manakala makanan utamanya adalah makanan biasa. Oleh itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak mendapatkan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, makanan dingin beku dan makanan rapu.

Bagaimana sekiranya ibu tidak dapat menyediakan keperluan secukupnya?

Di sinilah sebaiknya mengambil makanan tambahan (supplemen) untuk mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan.

Untuk anak-anak usia 1-3 tahun, boleh mula diberikan Shaklee Meal Shakes dan Shaklee OmegaGuard. Tapi tak perlu kerap pun. Ini supaya tidak memberatkan tubuh di kecil anda untuk memproses supplemen yang diberikan.
 


Untuk anak-anak usia 4-6 tahun pula selain 2 supplemen di atas boleh ditambah dengan Shaklee Vita-lea Chew dan Shaklee Vita-C Chew.

Manakala selepas usia itu, boleh diambil supplemen selainnya kecuali Nutriferon dan beberapa yang lain.


Nutriferon sebaiknya selepas usia 12 tahun kerana agak kuat dan memerlukan air masak yang banyak.

Tuesday, October 2, 2012

kegunaan basic-h


Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.


KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.