Monday, August 24, 2015

pejabat ringkas di rumah

waktu saya bermula untuk berbisnes, saya tiada pejabat khusus. hanya ada sebuah bilik kecil yang menempatkan sebuah meja makan (milik kerajaan ) hehe.

waktu itu anak saya masih kecil, dan saya buat kerja update apa sahaja, sewaktu dia tidur. (samada siang atau malam)

tetapi, bila dia sudah semakin membesar, sudah agak sukar untuk buat kerja di bilik kecil tersebut.

jadi kami mengeluarkan meja dan meletakkannya di ruang tamu.

ia untuk memudahkan saya memantau aktiviti anak sambil menjawab persoalan pelanggan melalui facebook (waktu itu belum ada smart fon ) kalau ada pun, mahal. belum mampu.

saya tiada ofis khas, tetapi saya ada fail fail yang saya letakkan dalam fail keras. tapi ofis tidak proper.

sehingga 3 tahun, ofis saya begitu. walaupoun saya amat memerlukan ofis yang tanpa gangguan, namun, ianaya hanya angan angan.

SEBAB ANAK ANAK SAYA MASIH KECIL, dan saya tiada pembantu rumah atau pengasuh,

sudahnya, tiadalah ofis untuk di jelmakan,

sehinggalah 1 hari, saya sudah kehilangan banyak fail sebab anak anak sudah ambil dan meletakkan di merata rata tempat.

saya nekad untuk wujudkan ofis.

maka, dalam masa 3 hari, saya menyiapkan ini.

meja ofis saya baru beli RM 110
drawer besi beli yang kemek sikit tepi tu RM300
printer beli baru RM260
kerusi beli terpakai RM50
laptop beli recokn RM 900 (lenovo)
kertas tampal dinding untuk tampal memo kekal
white board magnetic RM60
almari tingkat Rm lupa =)





selesai ofis simple saya, tiada yang lebih mahal. biasa saja. tapi nampak lebih rupa ofis la. =)

saya nini nisrin muhammad
mencari rakan perniagaan

014 506 8306

boleh hubungi saya

Saturday, August 22, 2015

5 sebab kenapa saya mulakan bisnes

Saya adalah kakitangan awam kontrak sewaktu saya habis belajar.

Bermula sebagai pegawai penyelidik di usm pulau pinang, kemudian berpindah ke kelantan, sebagai pembantu penyelidik. 

Dan sewaktu berkahwin dalam 4 bulan, saya sudah letih pjj (perkahwinan jarak jauh) yang hari cuti minggu nya berbeza

Kelantan : jumaat sabtu
Perlis (suami) : sabtu dan ahad

Letih sebab macam macam perkara. Kewangan, masa, jalan raya yang agak bahaya (grik) dan lain lain. 

Jadi saya ambil keputusan "berhenti kerja" dan berpindah ke perlis.

Sewaktu kandungan saya 6 bulan, saya menjadi guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di perlis. Dengan gaji RM700 Sebulan. 

Saya ganti rasanya 2 bulan. Sudah lupa :) 

Selepas bersalin, bermulalah saya mengintai intai bisnes untuk saya buat.

Apakah sebab saya nak "mulakan bisnes?"


SEBAB SAYA MULAKAN BISNES:

1. Kereta lama kami kerap meragam
- kereta ini ialah kereta 3rd hand yang suami beli. Iswara tahun 1998. 

Pada tahun pertama rumahtangga dibina, iswara ini masih mampu untuk berulang alik menaiki bukit grik dan melalui highway kl, namun, masuk tahun kedua, sudah mula ada bunyi tangisan. Dia sudah tua :(

Setiap bulan sentiasa ada sahaja yang perlu dibaiki. 

Hari saya bersalin ikhwan, kereta ini mati di highway , dan perlu di tunda masuk bengkel. 

Pada hari raya tahun pertama ikhwan (ikhwan 6 bulan) , kereta ini mati di jalan nak naik ke grik. Alhamdulillah , kami di bawa oleh trak penunda dengan kos tunda dan repair hampir RM 1000. 

Maka , kami fikir, sudah masanya kita beli kereta baru. 

2. Nak balik kampung 2 negeri
- setiap tahun, kami wajib beraya di kedua2 negeri. Memandangkan anak anak masih belum bersekolah. Dah bersekolah nanti, perlu di fikir fikir kembali.

- kos untuk perjalanan sahaja dlm sekitar RM800 Ketika itu. Belum masuk duit raya dan kos lain.

- jadi kami perlu menyimpan awal.

3. Nak bagi mak ayah
- setiap bulan, walaupun sikit, kami hulurkan juga untuk mereka. Walaupun hanya note rm50 yg mampu.

4. komitment perjalanan dlm negeri
-
Komitmen suami yang sentiasa berulang alik ke merata tempat di luar waktu bekerja, memerlukan kami untuk ada lebihan bajet .

5. Medical card untuk keluarga

6. Plan nak ke umrah. Bawak umi.

7. Simpanan kecemasan

8. Bina rumah


Semua ini amtara sebab saya mulakan bisnes. Dan ia juga adalah push faktor dan impian saya.

Nampak saya materialistik? 

Ya masa itu, semua berkisar kepada kewangan.

Dan sekarang ini, sudah berubah. Sebab semua tu saya sudah hampir capai keseluruhan.

Apa lagi sebab saya ingin meneruskan bisnes?

Saya kongsikan nanti :)

Nini



Mendidik anak guna teknik nabi

Allahu allah

Banyak yang saya belajar dari satu semunar pendek separuh hari yang di sampaikan oleh team abs edu (lead by nurhidayah) 

Banyak ilmu urus anak dengan baik tanpa terpekik terlolong , sedangkan semua tu tak memberi apa apa impak kepada anak. 

Ada banyak teknik kita boleh guna dalam emosi terkawal. Dan anak boleh ikut (ada yang cepat, dan ada yg ambil masa juga) tapi kita sabar dan buat teknik nabi, insha allah ada pahala sunnah :)

Mendorong dengan ganjaran sosial
Mendorong utk mengekalkan hasil kerja yg baik
Mendorong berhentikan tingkah laku negatif
Menegur anak yang melanggar peraturan
Membimbing dan memantau tugas

--------

Lepas kelas ni baru saya faham, anak anak tak boleh digertak dengan ugutan. Sebab dalam kepala mereka belum capai tahap itu . Mereka tak faham.

Haaa, buatlah buat. Nanti ibu cubit. Di sebut pada anak umur 2-5 tahun. Mereka pelik. Ibu ayah nak bagi buat atau tak bagi. Kenapa nak cubit pulak? Tadi ibu ayah bagi buat . (Blurrr)

Kesian kan anak anak kita.

Yang di tengah tu la speaker td :)

Kiri gambar (berbaju pink) ialah nor ilani, geng shaklee kami :)

Saya yg berbaju biru itewww :)

Ada yang hadir ber pasangan. Bagussss. Sebab tak adalah konflik bila salah seorang saja nak praktik kan :)

Tahniah kepada yg hadir. 

Ni ada info, ada abs nak buat di kl, boleh berhubung dengan nombor tertera jika berminat :)

Itu saja, isi program ada masa sy share :)

Nini nisrin
Shaklee perlis

Tuesday, August 4, 2015

homeschooling buat flash card diy

kita boleh mengajar anak kita dengan apa jua bahan bantu. tak perlu mahal. bahan alami alam pun boleh. macam daun sebenar, buah sebenar, dan sebagainya.

disini saya kongsikan bagaimana untuk ,membuat flash card sendiri.

Bahan-bahan : glossy card/ card manila, pen, pembaris, gunting, sole tape, double tape, buku recycle.


Bahagi kpd 9 bahagian, ukur menggunakan pembaris 9.8 cm panjang, 7 cm lebar. Ikut suka pun boleh.




Gunting.




Siap digunting.




Gunting gambar.




Lekatkan double tape di belakang.




Lekatkan gambar pada kertas.




Tulis nama dgn pen @ permanent maker.




Bungkus dgn sole tape. sebab kalau laminatemahal. hehehe




Siap pun. Skrg mama & papa x risau lg anak conteng2 sb dah boleh padam. Selamat mencuba!


nini -
saya ambil dari perkongsian https://www.facebook.com/mansoorah.abdullah.5?fref=photo 

-------------
saya bekerja dari rumah

homeschooling kanak-kanak autism

hari ini saya nak berkongsi tentang homeschooling, iaitu aktiviti pembelajaran anak-anak di rumah.

kita yakin, kebanyakan dari kita adalah ibu bapa berkerjaya, namun, perlu ditekankan bahawa, anak kita adalah amanah terbesar yang perlu kita jaga.

umur mereka yang memerlukan 100% perhatian ialah dari umur 1 hari - 9 tahun, iaitu tempoh mereka membesar dengan menyerap apa sahaja yang diajarkan kepada mereka.

bermula tahap kedua ialah 10 tahun sehingga mereka menjejak kaki ke sekolah menengah , 13 tahun.
ini adalah tempoh mereka meneliti, apa yang baik dan buruk, namun waktu ini, mereka masih memerlukan kita untuk memberi nasihat. umur ini, mana ada ibu bapa membenarkan mereka keluar berjalan jalan di bandar bersama kawan kawan kan =). itulah maknanya mereka masih di dalam tempoh kawalan kita.

jadi, hayatilah saat 1 hari - 6 tahun mereka. saat kita ambil mereka dari sekolah, mereka amat puas hati. memeluk erat batang tengkuk ibu bapa yang mengambil mereka dari situ.

rata rata kebelakangan ini, disebabkan tuntutan kesibukan, ada ibu bapa yang mengupah orang lain atau bibik atau sesiapa sahaja untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. ia bagus untuk anak anak berdikari, namun, jauh disudut hati, mereka mesti akan terfikir, "mak ayah ada kereta, tapi tak boleh ambik mereka dari sekolah"

ps: saya dulu pun naik kereta sewa bulanan. sebab mak saya tak ada kereta. motor pun tak ada. sekolah pula jauh. tapi, bila balik sekolah, mak saya akan tanya apa saya belajar, dan tengok kerja sekolah apa kena buat.

(kita sekarang bagaimana ya) sempat tak semak buku anak anak?

---------------------panjang bebel.

saya nak berkongsi tentang apa boleh buat untuk homeschooling anak kita.
aktiviti motor halus dan pendidikan seni kreatif mesti menyeronokkan.




mengenal warna




ajar mengira






ajar susun atur


ini seperti main match match. mereka akan lihat perkataan yang sama, dan ambil serta tampal.


boleh mulakan mengajar bilangan dengan bantuan ini. sediakan 21 batang untuk mereka selesaikan.


ini tampalan. boleh lekatkan guna double tape. dan kertas itu di laminate. pasti seronok

ok, ini sebahagian yang saya boleh kongsikan. nanti kita berkongsi lagi ya. link kawan saya yang juga share aktiviti kanak kanak autism ialah syamilmiracle.blogspot.com banyak saya belajar dari beliau. terima kasih kak zaiton.

Monday, August 3, 2015

buat rumah sendiri

assalamualaikum semua. jam sekarang waktu saya menaip ni ialah 4.01 petang. mata agak layu ajak buai buai mimpi. tapi kena tongkat juga untuk saya menulis di blog tersayang ini =)

hari ni, saya nak berkongsi cerita tentang "buat rumah sendiri" (menjadi idaman semua orang kot ni. kan)

di usia kami 30 tahun, Allah memberi kami peluang untuk kami dirikan rumah dengan bajet sendiri tanpa pinjama (tapi rumah belum siap. baru nak naik tapak, insha allah doakan ia terbaik ya)

rumah sendiri bajet nya dalam RM200'000 untuk sebuah rumah banglo 5 bilik. dan kami buat bermula dengan apa yang ada saja. slow slow orang kata.

bermula inilah saya mula suka tengok deco deco rumah orang. saja nak cari idea =)


ini baru ratakan tanah. tempat ni semak samun banyak. dulunya ialah kebun. tapi lepas arwah nenek meninggal, sudah tiada lagi yang boleh jaga kebun =(


dengan nama Allah. semoga disini suburnya keluarga yang diredhaiMu

--------------------
perjalanan menyelesaikan sebuah rumah akan saya ceritakan satu persatu di blog ini. semoga bermanfaat untuk semua.

next stage ialah, survey harga barang . kita nak tambun tanah tinggi sikit untuk elak air naik waktu banjir, rumah papan (rumah umi saya, ada tiang). ni kita nak bina rumah batu. tak ada tiang. jadi, kita tinggikan tanah.

stay tunee

project ni saya estimated siap dalam masa 17 bulan. insha allah.

2015
ogos
sept
okt
nov
dis

2016
jan
feb
mac
april
mei
jun
julai
ogos
sept
okt
nov
dis siap

-------------------------pastikan follow nae

terima kasih

nini
-wahm
shaklee