Wednesday, January 31, 2018

Cara attach keyboard di handphone



 


Selepas 2017 melabuh tirai, saya dah decide nak berpindah dari aktif sharing di FB kepada sharing di BLOG. Kenapa?

Sebab....

di blog ni, penulisan kita tu ikut suka la nak tulis. Syok sendiri ke apa ke, tak ada sapa nak kecam . ngeee. Di FB, bahaya wooo. Tulis sikit, orang dah pandang serong.

So, hari ni saya nak ambik kesempatan untuk ucap "terima kasih" la kat korang semua yang suka jalan-jalan kat blog. Moga dapat banyak manfaat. 


ok. Entry ni saya taip menggunakan keyboard. Biasalah blog ni, kalau taip guna keypad henfon, jenuh nak siap. Kejang jari. haha. 

ok, mi saya share ya gambar saya attach macam mana. siap guna mouse lagi.

Step 1: Beli otg pendrive ni. Rasanya beli diDIY, Rm10
.




Step 2: Guna yang cucuk usb ni. sebab nak cucuk usp keyboard dan usb mouse.



Step 3: ada benda berdiri ni. sebab mudah nak hold henfon.

So, dah boleh menaip di blog macam biasa. Saya download apps blogIt untuk menulis.


ni guna huawei honor 6x saja. skrin pun dah pecah. haha



Mudah kan? Tak yah berat berat bawak laptop. Gambar gambar pun boleh simpan di pendrive. Boleh je nak ambik bila rasa nak guna. Tak adala berat henfon. kan


Selamat mencuba u ollll.

saya tengok gambar hadiah ni. cantik.ni hadiah untuk ejen yang berjaya capai target hari tu.







Saturday, January 13, 2018

Shaklee academy jan 2018

Dau hari kami berada di grand dorsett hotel untuk menyerap semua modul yg dibentangkan oleh shaklee pada kami.
Flight delay araoud 2jam. Dan cuaca pulak sungguh sejuk. Macam kali pertama seluruh Malaysia rasai benda ni.

Shaklee terlalu banyak bantu kami untuk kami bekerja. Shaklee tak tinggalkan kita terkontang kanting. Ada guide yg jelas dari shaklee untuk ejennya.

Sampai je tempat duduk, tersedia vitamin di setiap meja. Bagus kan? Mula dengan vitamin pagi pagi ni. Kasi badan full nutrien. Boleh serap ilmu dgn baik. Bukan tu saja. Kat belakang bilik ni, ada barisan suppliment yg boleh kita makan kalu nak. Ambik saja telan 😃

Semua modul dah tersedia dah. Kita kena explen pada empayar kita. Supaya faham apa tindakan kena buat. Menarik sangat modul modul ni. Inilah bisnes dropshio yg hebat. Kita dapat semua ni dari company. Bonus pun dapat juga.

Meh kita jawab soalan ni sama sama. Berapa kotak yg awak tick? Cuba tinggalkan jawapan di komen post ni. Boleh?

Terima kasih ;)

Saturday, January 6, 2018

Rahim jatuh, macam mana keadaanya. Apa jena buat?

Kelonggaran faraj dan masalah rahim jatuh (uterine prolapse) selepas bersalin.
Jika nak tahu kenapa 'urutan sengkak naik' selepas bersalin kurang berkesan, kita kena faham dahulu anatomi dalaman wanita.
Jika nak tahu apa yang berkesan mengelakkan atau mengurangkan kelonggaran faraj dan masalah rahim jatuh, kita kena faham anatomi dalaman wanita.
Jika nak tahu kenapa pakai bengkung pun tak berkesan, kita kena faham juga anatomi dalaman wanita.
Jika nak tahu kenapa tak payah makan jamu, faham lah sains kajihayat wanita.
Jika nak tahu kenapa Pakar O&G tak suka ibu teran lama-lama sangat masa nak bersalin, pun kena faham anatomi wanita.
------------------------------------------------------
Lihat gambar 1, 2 dan 3.

Saya sudah pun memberi pencerahan kenapa rahim tidak perlu diurut selepas bersalin di sini
https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10154978958286659
Di sini saya sudah jelaskan di mana nak cari tulang pubis dan kedudukan rahim di dalam pelvis, iaitu di belakang tulang pubis.
Semua wanita mempunyai 'pelvic diaphragm' iaitu 'otot pelvis'. Saya suka panggil otot ini trampolin manusia. Tugas otot trampolin kita ialah menyokong:
1) Pundi kencing (bladder) bersama saluran kencing (urethra) di bahagian hadapan,
2) Rahim (uterus) bersama faraj di bahagian tengah, dan
3) Dubur atau saluran najis (rectum) di bahagian belakang.
Otot pelvis kita berfungsi seperti trampolin (lihat gambar 1), dan tulang pubis ialah seperti rangka yang memegang trampolin di bahagian hadapan.
Otot pelvis yang lemah lah puncanya kelonggaran saluran kencing, kelonggaran faraj dan kelonggaran saluran najis dan ini menyebabkan pundi kencing, rahim dan saluran najis yang tidak disokong dan jatuh ke bawah (lihat gambar 4 dan 5)
Bayangkan trampolin itu lemah dan tidak tegang, jika orang yang berat menaikinya, ia akan melongsor ke bawah. Pada permulaannya trampolin ini kuat dan tegang, tetapi jika kita menjadi bertambah berat dan melompat-lompat banyak kali di atasnya, lama-lama ia akan menjadi bertambah lemah.
Kelemahan trampolin kita ini boleh berlaku jika bersalin banyak kali, bersalin bayi yang besar, teran lama-lama semasa bersalin. Walaupun bersalin secara pembedahan Caesar, otot trampolin kita ni boleh menjadi lemah juga kerana menyokong kehamilan janin yang besar.
Bila otot trampolin kita lemah, pundi kencing boleh jatuh ke bawah, kebanyakan wanita susah mengawal air kencing dan akan terkencing apabila terdapat tekanan di atas pundi kencing dari atas, seperti bila melompat atau bila terbatuk. Ini lah dinamakan 'stress incontinence'.
Urutan 'sengkak naik' hanya membantu menaikkan rahim yang jatuh buat sementara waktu tetapi tidak menguatkan trampolin yang lemah. Lepas berdiri, rahim itu akan jatuh balik, sebab 'pelvic diaphragm' atau trampolin tu masih tidak boleh menyokong rahim dan faraj masih lagi longgar. Tarik naik, lepas tu jatuh balik juga. Maknanya, 'urutan sengkak naik' itu diibaratkan menarik seluar yang longgar ke atas, padahal jika seluar itu masih longgar, ia akan jatuh bawah semula juga.
Untuk menegangkan atau mengetatkan trampolin atau pelvic diaphragm kita, cara yang berkesan ialah senaman kegel atau pelvic floor exercises. Ini lah cara mengetatkan seluar yang longgar. Jika berat badan berlebihan kita juga perlu mengurangkan berat badan.
Cara membuat senaman kegel: Lihat gambar 6 dan 7.
1) Cari otot trampolin kita. Kemutkan atau ketatkan otot yang boleh menghentikan air kencing daripada keluar semasa anda membuang air kecil. Bila anda boleh buat ini, anda akan tahu sendiri macam mana nak kemutkan atau ketatkan otot ini pada masa anda tidak membuang air kecil.
2) Kemutkan seperti ini untuk 3 saat, lepaskan 3 saat, dan ulang 10 kali. Buat macam ni 3 kali sehari (pagi, tengahari, malam)
3) Bila dah cekap, panjangkan kemutan kepada 5 saat. Bila dah lagi tera, panjangkan lagi kemutan selama 10 saat. Ulang 10 kali. Buat 3 kali sehari, setiap hari untuk seumur hidup.
4) Boleh buat sambil duduk dalam kereta, boleh buat sambil berbaring, boleh buat dalam mesyuarat, boleh buat sambil memasak (ini lah multitasking yang paling tera sekali).
Kebanyakan wanita akan mula merasa ketat semula selepas 3-6 bulan, tetapi senaman kegel ini patut diteruskan seumur hidup (regular maintenance).
Wanita yang masih ada masalah tak boleh tahan kencing juga, boleh menjalankan procedur vaginal sling yang mengangkat naik otot pelvic diaphragm trampolin tu dan ditambatkan dengan sling. Jadi pembedahan kecil ini seperti sengkak naik juga, tapi ditambat ke atas supaya tak jatuh balik. Lihat gambar 8
Kesimpulannya:
Kita nak tarik naik dan ketatkan seluar yang longgar dengan mengurangkan berat badan dan membuat senaman kegel setiap hari seumur hidup. Urutan sengkak naik itu hanya setakat tarik naik seluar yang longgar sahaja. Mana lah berkesan macam tu. Sat lagi bila berdiri, jatuh laaaa balik.
Nak pantang kaaa...tak mau pantang kaaa...Kita tak boleh jadi pemalas, yang ini kena rajin selalu. Suami yang suka bini depa ketat-ketat akan suka cerita ni......
Prof Dr Imelda,
Pakar Maternal dan Fetal Medicine,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur