Saturday, April 8, 2023

PERLU KE SKINCARE ORGANIK?

Kenapa penjagaan kulit harus pilih produk yang ORGANIC?

Kajian menunjukkan 60% kandungan skin care akan menyerap pada kulit wajah bahkan jenis-jenis kimia berbahaya boleh juga memasuki aliran darah.



Jadi, sewajarnya kita teliti dan hindari dari mengambil beberapa kandungan kimia seperti phthalates, parabens, synthetic fragrances, triclosan, talc, bahkan merkuri.

Penggunaan produk dengan kandungan kimia bahaa yang terserap dalam kulit dalam kadar yang kurang sihat secara terus menerus boleh memberi impak negatif pada tubuh, seperti potensi timbulnya kanser.  

Kerana itulah, kulit kita lebih selamat diperkenalkan dengan skincare organik yang terbukti berkesan. 

1) Selamat utk kulit dan kesihatan.

Anda pastinya tidak mahu kulit menjadi rosak dan makin sukar untuk dirawat bukan? Jadi atas sebab itulah, anda mahu membayar produk yang memiliki kualiti yg baik serta selamat dari kandungan bahan kimia yang berbahaya.

Produk skin care organik jauh lebih selamat tanpa menimbulkan efek samping. Hasilnya akan bertahan lebih lama karana melalui proses yang selamat.

Dan lagi penting juga, anda memilih diikttiraf dan ada ujian oleh Ahli Dermatologi.










2) Sesuai utk pelbagai jenis kulit.

Kulit setiap orang adalah berbeza. Tetapi dengan bahan organik, semuanya boleh disekalikan kerana ia sangat mesra buat kulit. 

Bahan organik semestinya diuji mesea kulit dan akhirnya mampu mengembalikan kulit yang sihat secara alami. 

Jadi, sebaiknya awal awal lagi kita elakkan diri dari mencuba produk bukan organik untuk kulit kita. Kerana kesan bahan bukan organic itu boleh menyebabkan breakout, jerawat naik serata muka dan juga jeragat. Hal ini boleh menyebabkan kos yang tinggi bagi membaik pulih kulit yang rosak. 

3) Memberi kesan optimum

Produk organik juga biasanya ada nutrien vitamin yang terkandung di dalam bahan bahan botani yang terbaik untuk diserap kulit. Kandungan penuh nutrien dan antioksidan mampu memperbaiki kondisi kulit. 

Antioksidan memiliki fungsi penting bagi kulit, terutama dalam menjaga keremajaan kulit wajah dan membantu percepatkan pertumbuhan kolagen yang terus berkurang seiring pertambahan usia. 

Perlu ke kita guna skincare? 

Apabila kita melihat kesan penggunaan skincare yang bahaya, kita biasanya akan buat keputusan “baik tak perlu guna apa-apa”

Tetapi , di ruang udara sekeliling kita terutama luar rumah, mengandungi habuk, debu-debu, asap, sinaran matahari. 


Dan semua itu boleh menyebabkan timbulnya jerawat, kulit kusam serta jeragat. Sebab itulah perlu nya perlindungan kulit. 



Sebenarnya setiap hari 30-40 ribu sel kulit mati akan berada di atas permukaan kulit kita. Ketika umur kanak kanak dan remaja, sel-sel kulit mati itu boleh disingkirkan setiap hari secara semula jadi.




Namun selepas umur 25 tahun, penyingkiran sel kulit mati kita tidaklah seperti dahulu lagi.

Maka sebab itulah, kita perlu bantu singkirkan sel kulit mati yang ada di permukaaan kulit kita dengan cara menggunakan skincare , pencuci muka dan toner yang boleh mencuci pebih dalam, ditambah dengan penggunaan masker di permukaan kulit supaya sel kulit mati dapat di singkirkan dan sel sel kulit baru dapat di bina.

Jika kita mengambil keputusan untuk tidak menjaga kulit dengan skincare. kebarangkalian kulit rosak penuaan awal itu akan lebih tinggi. 

Sinaran UV juga antara penyebab kulit wajah kita semakin bermasalah dan nampak tua dari usia.


Maka, pilihlah skincare organik. Pelaburan itu tidak rugi insha allah. 

Thursday, March 22, 2018

ESP pelengkap harian


Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan

Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah kita. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. 

Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.* Dengan protein berkualiti tinggi yang berasaskan tumbuhan ini, ENERGIZING SOY PROTEIN merupakan sumber protein biologi lengkap yang:

❤ Rendah lemak secara semulajadi
❤ Bebas kolestrol
❤ Lengkap 9 sumber asid amino


Sebagai sebahagian daripada diet seimbang, protein soya:
  • Membantu membina otot, kulit dan hormon
  • Menyumbang makanan sihat kepada sistem imun
  • Menyokong diet dengan kolestrol sihat
  • Menyediakan nutrien yang penting bagi menyokong kesihatan reproduksi




Indeks Glisemik bagi peringkat karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula kedalam darah secara perlahan.

Mengekalkan gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangka masa panjang. 

Dan paling power, ESP ni adalah glisemik rendah. dibawah 55 .


KeISTIMEWAAN Shaklee
  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.







Monday, February 26, 2018

Makanan halal di Hongkong

Jalan negara bukan islam ni, cabaran dia makanan lah. Nak mudah, bawak je megi ke, nasi brahims ke, atau makanan kering. Tapi, nak jugak try makanan negara orang kan? datang jauh jauh, takkan nak bawak balik gambar je kan. hehe


masa kami gi hong kong, kami singgah beberapa kedai makan halal.



1. makanan indonesia

2. makanan chinese 
3. dimsum 



bab harga tak yah pikir. haha. Kalau dipikir, confirm tak jadi beli. Bayangkan sepinggan Rm35. selepas convert. So, kalau nak beli, nasihat ku, 

Friday, February 23, 2018

Vitamin c, bagus ke makan?

Vitamin C merupakan satu antioksidan yang kuat dan telah digelar nutrisi ‘serba-boleh’. Ia mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia dan mungkin juga dapat membantu melindungi kerosakan sel daripada pencemaran alam sekitar, tekanan, asap dan tabiat pemakanan yang kurang baik.


Khasiat Kesihatan daripada Vitamin C:
Sistem Saraf dan Imun yang Sihat Vitamin C penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan kerana ia menyumbang kepada fungsi sistem saraf dan imun yang normal.

MenangkisTanda Penuaan
Vitamin C merupakan ko-faktor untuk proses sintesis kolagen. Kolagen membuatkan kulit lembut, anjal dan lasak serta melindunginya daripada berkedut.

Kesihatan kardiovaskular
Vitamin C membantu mengurangkan pengoksidaan di saluran darah, memberikan perlindungan daripada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Menyokong Penyerapan Zat Besi
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan sel-sel darah merah dan hemoglobin normal

Vitamin C berkepekatan tinggi
Tubuh kita tidak boleh mengeluarkan Vitamin C dengan sendirinya dan bila ia hilang semasa melakukan aktiviti harian, ia perlu diganti semula secara berterusan,

Sustained Release Vita C PlusTM ternyata dapat memberikan perlindungan dalam masa yang panjang dengan melepaskan vitamin C jam demi jam kepada tubuh anda bagi memastikan bekalan vitamin C sentiasa mencukupi bila diperlukan oleh tubuh.


  • Memberikan 500mg vitamin C yang berasal daripada kanji jagung bagi membekalkan sumber vitamin C semulajadi. 
  • Sistem proprietari pelepasan-tertahan yang memberikan 100mg vitamin C semulajadi bagi setiap jam, yang bersamaan dengan memakan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. 
  • Ditambah dengan 120mg bioflavonoids limau bagi menambah keberkesanan vitamin C


Faedah Kesihatan Asid Lemak Omega 3

Asid Docosahexaenoic dan asid eicosapentaenoic ialah asid omega-3 utama yang tubuh gunakan untuk proses-proses tubuh. Ia didokumenkan dengan baik yang kuantiti EPA dan DHA yang mencukupi di dalam diet dapat membantu:


Galakkan Jantung Sihat
• Menyokong peredaran darah yang sihat.
• Mengekalkan tahap normal, triglycerida yang sihat.1
• Mengekalkan fungsi kardiovaskular yang sihat.2

 Galakkan Kesihatan Mata dan Kognitif
• Perkembangan dan penyelenggaraan normal bagi otak, mata dan system.3
 • Perkembangan kognitif normal pada kanak-kanak.
• Menyokong pembangunan sel-sel otak bayi dan penglihatan.4

Mengurangkan peradangan:
• Mengurangkan keradangan sendi dan kesakitan.5
• Meningkatkan kelenturan sendi.

Bagaimana untuk memilih omega-3 terbaik? 
Menurut Persatuan Jantung Amerika, jenis ikan tertentu boleh mengandungi paras raksa tinggi, PCBs, dioksina , dan pencemar alam lain. Maka, ia amat penting memilih minyak ikan omega-3 yang melalui satu proses penapisan yang ketat, termasuk proses penyulingan molekul bagi menyingkirkan bahan-bahan cemar berpotensi dan meastikan ketulenan dan keselamatannya.

Ada satu pilihan omega 3 terbaik boleh kita pilih. klik sini



References: 1 Harris WS (1997). "n-3 fatty acids and serum lipoproteins: human studies". Am J Clin Nutr 65 (5 Sup.): 1645S–1654S. PMID 9129504. 2 Kwak SM, Myung SK, Lee YJ, Seo HG (2012-04-09). "Efficacy of Omega-3 Fatty Acid Supplements (Eicosapentaenoic Acid and Docosahexaenoic Acid) in the Secondary Prevention of Cardiovascular Disease: A Meta-analysis of Randomized, Double-blind, Placebo-Controlled Trials". Archives of Internal Medicine 172 (9): 686–94. doi:10.1001/archinternmed.2012.262. PMID 22493407. 3 Perica MM, Delas I (August 2011). "Essential fatty acids and psychiatric disorders". Nutrition in clinical practice : official publication of the American Society for Parenteral and Enteral Nutrition 26 (4): 409–25. doi:10.1177/0884533611411306. PMID 21775637. 4 Nutrition Research Program, Child and Family Research Institute, Department of Paediatrics, University of British Columbia (2008) ‘Dietary omega 3 fatty acids and the developing brain.’ Brain Res. 2008 Oct 27;1237:35-43. doi: 10.1016/j. brainres. Epub 2008 Sep 9. 5 Miles EA, Calder PC (June 2012). "Influence of marine n-3 polyunsaturated fatty acids on immune function and a systematic review of their effects on clinical outcomes in rheumatoid arthritis.". The British journal of nutrition. 107 Suppl 2: S171–84. doi:10.1017/S0007114512001560. PMID 22591891

ESP untuk remaja yang sihat

Semasa fasa remaja, mereka menjalani perkembangan fizikal, emosi, sosial dan fisiologi yang pesat. Apabila mereka mencapai akil baligh, badan mereka berubah. Ini juga adalah fasa dimana mereka sangat bertenaga dan aktif. 


Fungsi ESP ni untuk golongan remaja

Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot 

Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja. Oleh itu pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot (1) . 

Bersama-sama dengan gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot, pada masa yang sama, mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga lebih lama (2)

Protein soya adalah nutrien penting untuk memastikan remaja sentiasa bertenaga dan aktif, pada masa yang sama dapat menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.


Menyokong Pertumbuhan Tulang yang lebih Kuat dan Sihat 
Isoflavon soya yang terdapat dalam protein soya membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat di samping menyokong proses metabolisme tulang (3). 

Soya mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk tumbesaran yang sihat. Dalam satu hidangan ESP mengandungi 500mg kalsium yang boleh membantu kesihatan badan kita.


Menyokong Kitaran Haid Yang Sihat bagi Wanita 
Phytoestrogen atau estrogen tumbuh-tumbuhan yang biasanya ditemui secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan kita, termasuk soya, membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan mengawal paras estrogen, mengawal paras hormon yang sihat serta mengurangkan simptom-simptom sindrom prahaid (PMS).(4)


Mempercepatkan Pembaikan dan Pembaharuan Sel 
Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ia juga menyokong penghasilan antibodi yang melawan jangkitan serta penghasilan kolagen yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka.  

Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.
Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.
Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen

Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.



Boleh juga ke link ini untuk keterangan produk lebih terperinci. Klik sini


Thursday, February 22, 2018

Buat rumah tanpa hutang

hai u ol. tq wei datang blog aku. terharu aku. 

Hari ni Jalan jenguk rumah yg belum siap ni. Kami tengah buat rumah zero loan. Separuh jalan sudah selesai. Kami hanya perlukan lagi separuh lagi perjalanan.Tapi memang akan disiapkan secepatnya. Tergendala lama berikutan memang buat dengan cash terkumpul. Tak ada pinjaman setakat ni. Begitulah perit buat rumah.


Iman termenung, tunggu bila rumah dia nak siap. haha



Hari tu gi jalan di Terengganu. D Cottage homestay. Cantik design dia. Design Inggeris (gray + putih) dan gabung dengan melayu lama. Cantik. Rasa nak tiru sikit design. Kalau u ol nak ry berehat kat sini, tu ada nombor telefon, boleh la call call. jangan call aku pulak. Aku jual shaklee je. Haha





Hari hari duk tengok rumah jiran aku yang baru siap tu, cantik gila. Haha. terbako bakor aku ni ha.


Tapi, tak apalah, aku akan selalu bayangkan rumah aku ni rumah yang tak perlu bayar bulan bulan selama 20 tahun dah lepas dia siap. Seronoknya kalau dibayangkan. aku akan senyum dan gelak sorang-sorang bila fikir macam tu. haha


Aku bayangkan juga, cantik rumah yang aku buat dengan perit ni. Sebab memang macam-macam jadi waktu perjalanan rumah ni. Benda yg libatkan orang lain ni, biarlah ku simpan elok elok jadi kenangan indah ðŸ˜œ. Nak buat rumah kena prepare mental. Jangan ingat smooth sentiasa. (Padahal aku beringat dah, tapi kena jiga akhirnya. ðŸ¤­)


Ini semua guna duit cash dari shaklee. Dulu kami ada kereta besar. Sekarang kami sudah jual kereta itu.
Alhamdulillah, kami di Kota Bharu. Mudah. Kajang juga dekat dengan airport. Balik sejam saja sampai insha allah. So, tak perlu kereta besar. Duit bulanan bonus cash tu kita selesaikan rumah ni. Bukan tak boleh ada kereta. Memadai kami guna 1 kereta bertuah ni. Rumah ni mesti siap tahun depan. Kami dah tak sabar nak duduk. 


Dalam shaklee ada beberapa cash yang boleh dapat. Shaklee bukan jenis bisnes yang 'redeem barang'. Shaklee adalah bonus cash.

- Untung runcit cash
- Komisyen jualan pun cash
- Bonus kereta pun cash. Shaklee tak bagi kereta dan tak paksa kita beli kereta. Duit tunai dapat 100%.
- Bonus kepimpinan cash. 



Kami tak pandai nak bermewah mewah. Asal kami hanya orang kampung yang dahulunya 'makan nasi dengan budu semata-mata'. mana mahu hilang asal usul itu. Rumah ni berdiri betul-betul disisi rumah Umi. Rumah tempat aku membesar. Terlalu banyak nilai dari sini. Aku buat rumah tepi rumah umi. dekat, jenguk je dah nampak. Insha allah, tu impian dari dulu. Walau perit bina rumah tanpa loan ni. tapi aku yakin, mesti akan berjaya siap. Budak ni pun suka duduk sini. Dekat dengan masjid, boleh ke masjid setiap waktu.



aku dah tak larat lap air liur. haha


Aku buat dream board ni. supaya berkobar2 semangat sentiasa.



“Highly effective people , when you begin with the end in mind”
Jadi, bila buat rumah, start dia dengan apa jadi dengan rumah tu bila dah siap. Cantik kan?


Untuk bisnes, start dengan feel rasa kejayaan tu dh jadi milik kita.
Aku sambung berangan ðŸ˜ŒðŸ˜Œ yang dah lepas tu lepaslah. Sekarang cari lagi duit. Nak siap rumah oii. Ada separuh jalan saja lagi.





Doakan ku

Bahagian depan aku nk buat design roof gini jr. Mudah simple.


syok berangan kan. hahaha