Saturday, April 8, 2023

PERLU KE SKINCARE ORGANIK?

Kenapa penjagaan kulit harus pilih produk yang ORGANIC?

Kajian menunjukkan 60% kandungan skin care akan menyerap pada kulit wajah bahkan jenis-jenis kimia berbahaya boleh juga memasuki aliran darah.



Jadi, sewajarnya kita teliti dan hindari dari mengambil beberapa kandungan kimia seperti phthalates, parabens, synthetic fragrances, triclosan, talc, bahkan merkuri.

Penggunaan produk dengan kandungan kimia bahaa yang terserap dalam kulit dalam kadar yang kurang sihat secara terus menerus boleh memberi impak negatif pada tubuh, seperti potensi timbulnya kanser.  

Kerana itulah, kulit kita lebih selamat diperkenalkan dengan skincare organik yang terbukti berkesan. 

1) Selamat utk kulit dan kesihatan.

Anda pastinya tidak mahu kulit menjadi rosak dan makin sukar untuk dirawat bukan? Jadi atas sebab itulah, anda mahu membayar produk yang memiliki kualiti yg baik serta selamat dari kandungan bahan kimia yang berbahaya.

Produk skin care organik jauh lebih selamat tanpa menimbulkan efek samping. Hasilnya akan bertahan lebih lama karana melalui proses yang selamat.

Dan lagi penting juga, anda memilih diikttiraf dan ada ujian oleh Ahli Dermatologi.










2) Sesuai utk pelbagai jenis kulit.

Kulit setiap orang adalah berbeza. Tetapi dengan bahan organik, semuanya boleh disekalikan kerana ia sangat mesra buat kulit. 

Bahan organik semestinya diuji mesea kulit dan akhirnya mampu mengembalikan kulit yang sihat secara alami. 

Jadi, sebaiknya awal awal lagi kita elakkan diri dari mencuba produk bukan organik untuk kulit kita. Kerana kesan bahan bukan organic itu boleh menyebabkan breakout, jerawat naik serata muka dan juga jeragat. Hal ini boleh menyebabkan kos yang tinggi bagi membaik pulih kulit yang rosak. 

3) Memberi kesan optimum

Produk organik juga biasanya ada nutrien vitamin yang terkandung di dalam bahan bahan botani yang terbaik untuk diserap kulit. Kandungan penuh nutrien dan antioksidan mampu memperbaiki kondisi kulit. 

Antioksidan memiliki fungsi penting bagi kulit, terutama dalam menjaga keremajaan kulit wajah dan membantu percepatkan pertumbuhan kolagen yang terus berkurang seiring pertambahan usia. 

Perlu ke kita guna skincare? 

Apabila kita melihat kesan penggunaan skincare yang bahaya, kita biasanya akan buat keputusan “baik tak perlu guna apa-apa”

Tetapi , di ruang udara sekeliling kita terutama luar rumah, mengandungi habuk, debu-debu, asap, sinaran matahari. 


Dan semua itu boleh menyebabkan timbulnya jerawat, kulit kusam serta jeragat. Sebab itulah perlu nya perlindungan kulit. 



Sebenarnya setiap hari 30-40 ribu sel kulit mati akan berada di atas permukaan kulit kita. Ketika umur kanak kanak dan remaja, sel-sel kulit mati itu boleh disingkirkan setiap hari secara semula jadi.




Namun selepas umur 25 tahun, penyingkiran sel kulit mati kita tidaklah seperti dahulu lagi.

Maka sebab itulah, kita perlu bantu singkirkan sel kulit mati yang ada di permukaaan kulit kita dengan cara menggunakan skincare , pencuci muka dan toner yang boleh mencuci pebih dalam, ditambah dengan penggunaan masker di permukaan kulit supaya sel kulit mati dapat di singkirkan dan sel sel kulit baru dapat di bina.

Jika kita mengambil keputusan untuk tidak menjaga kulit dengan skincare. kebarangkalian kulit rosak penuaan awal itu akan lebih tinggi. 

Sinaran UV juga antara penyebab kulit wajah kita semakin bermasalah dan nampak tua dari usia.


Maka, pilihlah skincare organik. Pelaburan itu tidak rugi insha allah. 

No comments:

Post a Comment