Monday, November 27, 2017

Kembara abu dhabi 1


Cantik nampak permandangan pasir halus ni. Tapi kan, Jalan atas pasir yang amat lembut ni memang mencabar kekuatan kaki. beberapa langkah je pun sudah mengah mengah. Tapak berpijak, terus kaki tenggelam dalam pasir.

Tiba tiba teringat kisah hijrah rasulullah. Itulah pengorbanan orang muhajirin yang menelusuri padang pasir sehelai sepinggang demi agama. Bukan mudah merentasi jalan pasir halus ni.
Kalau waktu panas disini boleh capai hampir 60 degree. Masak telur pun masak. Tapi sekarang musim sejuk, 13-15 degree. So sejuk sangat walau cahaya matahari memancar.
alhamdulillah. Allah bg kami peluang merasai sedikit cabaran yang Rasulullah pernah hadapi dulu. Terima kasih ya Rabb. doaku agar semua pun boleh merasai apa yg pernah dirasai oleh Rasulullah dan sahabat.

Kami pergi dengan trip tajaan Shaklee.
Dubai, abu dhabi dan umrah.

Sunday, November 26, 2017

Cara simpan halia dan lengkuas

Kita mak muda kan. Tahu beli dan masuk dalam peti. Bila dah kering, buang. Itulah saya. Haha. 😌
Ni baru belajar macam mana Cara simpan halia dan lengkuas supaya kekal segar lama. Tak payah beli kerap sangat. Sebab benda ni bukan guna banyak pun kan. Kena berjimat cermat. Duit lebih boleh guna buat benda lain. Kann

Ni ha. Nak kongsi Petua lengkuas & halia agr x cepat rosak...

Caranya senang saja. Rendam lengkuas dan halia tu dalam air dan letak dlm peti. Tukar lah air 2-3 hari skali...
kan dah jimat dan dah tak membazir. Tengok, dua dua pun masih fresh.

Air halia bagus untuk jaga badan. Bagus bagi lancar darah. Macam dalam shaklee, ada peppermint ginger. Dia macam rasa mint berangin pudina.

Boleh wasap jika berminat ya. Bagus untuk orang berangin. On the go ni. Di mana saja boleh telan. Khasiat pun banyak.

Jaga makan dari muda

Dulu, saya hantu kek. Pernah masa mengandung Amin, saya makan 6 paket durian crepe dalam masa 2 hari habis licins...

Tiap hari nak closing shaklee, saya rasa nak makan kek. Kalau beli kek befday, saya yg sikit-sikit ambik, sampai tinggal sekerat kek. Puas hati makan. Encik hasben pun dah tahu, kalau merajuk je, ajak gi secret recipe, pasti senyum riang. 
.
Sehinggalah satu ketika, saya bertemu seorang kawan. Sebaya. Tapi, kolestrol tinggi. Badan kurus saja. Saya mula insaf. Saya rasa nak jaga makan dari muda. Makanan bukan segalanya untuk kita. Asal makan yang boleh kita hidup untuk beribadah dan bekerja. Kan

Mei 2017, saya pergi Jepun. Fuh..slim nya orang jepun. Sorang pun tak nampak yang gemuk. Orang tua ke, orang muda ke, tak de yang dijumpai gemuk. Ni saya pergi pasar dia. tempat ramai. Kalau pasar kita, tengok makcik, pakcik, banyak yang obes. hmmm....Malaysia syurga makanan.
.



makanan di Jepun tak ada mana la bertumis bagai macam kita. Pecah minyak menyelakan perut. 

Susah ...

Kawan-kawan, kita jangan gembira cakap 'aku tokleh tahan rasa makan, makan je lah selagi ada hayat'. Selalu sangat saya dengar macam tu. Makan makan dan makan.


Sebab..Kalau nikmat kesihatan ditarikkan, bukan terus mati. Kita menderita sakit ni bukan mudah. Kolestrol, stroke, darah tinggi,kencing manis. Seksa banyak. Akibat diri kita sendiri.
.
Meh amal gaya pemakanan sihat.
- Elakkan makanan bergoreng dan berminyak
- Jaga kalori setiap hidangan


Beginilah makanan masyarakat Jepun

Hilang nikmat makan sedap didunia? Rasanya tak. Makan sekali sekala apa yg nak. Kena jaga-jaga. Sebab, bila sakit, susah nk undur dah.
.
.
Amal juga omega untuk kesihatan keseluruhan. Sebab omega ni untuk jantung. Kalau kawan nak cuba, saya lebih suggest omega. Lelaki dan perempuan boleh makan.


Jaga makan dari muda. Macam kita nak simpan duit untuk hari tua. Begitulah juga kesihatan kita.






(klik je link tu ya)

Saturday, November 25, 2017

3 Tips penjagaan kulit

1) Jaga kulit dari kelembapan asas

- Elak dari terkena sinar uv terlalu direct. Amalkan protection dari spf. Sebab dalam sinar matahari ada uv yang boleh tembusi sel kulit dan sel kulit makin lemah dan mati.

Kulit kita cerminan kesihatan dalaman kita. Jaga kulit ni, selain dari kita cari produk untuk muka (skin care) , penting sangat juga untuk kita jaga pemakanan harian kita. Sebab kulit pun sejenis sel. Sel hidup dengan keperluan nutrisi asas.

Antara makanan untuk sel kulit adalah:

Protein
Protein Ni kita perlu untuk bina kulit kita yang lebih sihat. Tubuh kita tak boleh hasilkan protein sendiri. Kita perlu dapatkan protein dari makanan harian kita.

Untuk jaga kulit, kita kena cari protein yang bagus dan berkualiti sah.
- Protein tu akan digunakan oleh sel kulit untuk sel berkembang sihat.
- Protein tu juga diperlukan sebab nak bina sel baru dan juga baiki sel lama.
- Protein jugak terlibat dalam nak hasilkan enzim dan hormon yang sihat dan yang penting untuk kulit.
- Protein juga ada asid amino yang sangat penting untuk kulit. Asid amino ni kita perlu setiap hari dari makanan. Kadang kadang, ada makanan kita yg tak bagi cukup asid amino. Akibatnya, kulit makin lama makin kusam.
- Protein bantu hasilkan glutation yang bantu lindungi sel kulit dari kerosakan sinar matahari




Protein adalah salah satu dari 3 tips penjagaan kulit.

Vitamin cVitamin c ni bagus untuk mengatasi radikal bebas untuk dapatkan kulit yang sihat. Vitamin c shaklee ni jenis larut air yang ada banyak fungsi untuk badan kita.

Bestnya vitamin c shaklee ni sebab:
- Fungsi utama dia adalah sebagai Antioksida
- Produk semulajadi
- Diesktrak dari jagung. Sesuai untuk perut sensitif.
- Sistem pelepasan berperingkat iaitu dia lepaskan vitamin c 500mg tu dalam 5 jam.
Kenapa 5 jam tu penting? Sebab, untuk meningkatkan penggunaaan dalam badan dan elakkan pembaziran bila vitamin c masuk dalam badan.Tak terbuang begitu saja sebab dalam 5jam, badan akan serap semuanya. 
- Ada bioflavonoid




Antara testimoni esp:








Antara testimoni vitamin c :








Friday, November 24, 2017

Perit hidup alaf baru

Sekarang kan, belanja harian pun perit kan. Duduk rumah pun garu kepala. Pergi pasar beli lauk, RM50 boleh bawa balik berapa plastik saja.
Ikan sekilo RM10. Kalu beli ikan besar lagi la mahal.
- Ayam seekor dalam RM14
- Udang sotong toksah habaq la harga boleh makan sekali dan sekala. 😌

Kami punya belanja dapur dalam RM600 sebulan. Tu kalau fix la. Biasanya lari juga lagi extra RM400😌

Kalau nak beli buah buahan mcm ni? Mahu separuh kos pulak kena tambah. Allah. Duit mengalir laju. Perit hidup alaf baru


Belum masuk lagi, perasaan makan kat luar bawa family. Perit hidup alaf baru






Ingat kecik kecik dulu, mak saya kalau kirim beli apa yang dia nak, dia tulis di kertas. Senarai semua barang TERMASUK HARGA SETIAP BARANG. 😆 Memang bagi cukup cukup duit. Sen pun cukup.

Gitula orang susah. Balik balik, dia tanya lagi, mana nyucur? (Duit lebih). Haha. Mana duk ada dah mak. Ni pun ngam ngam siap sen dah pong.

Tergelak ingat zaman dulu.


2018 zaman lagi mendesak kedengaran. Meh kita cari income sampingan dari sekarang. Umur kita 20 tahun lagi, dah bakal pencen. Duit kwsp RM100 000 dapat pun, boleh guna untuk berapa tahun. Bayangkan pencen umur 55, selepas 10 tahun , kita masih hidup. Sebulan kena guna RM800 sahaja. Itu belum kira inflasi waktu itu. Dan tanggungan yg masih ada. Perit hidup alaf baru

Takkan dah tua masih kena kerja menyara hidup? 😞

Jom kita buat part time income tambahan. Yang tak perlu kemana mana. Duduk depan henfon. Sekejap saja jalan dah. Beh contact saya http://www.wasap.my/60145068306

Kesan makan vitamin c shaklee

Siang tadi lepas habis exam Di BEIJING ni, bergegas balik asrama nak kemas barang, dah la tak kemas apa apa lagi, kena kosongkan bilik lak tu, mcm lipas kudung la saya mengemas, sbb abati (ayahandaku) nak datang ambil Jam 4 petang, abati ni selalu sangat menepati masa. Never Late !




Siap siap kemas, tepat jam 4 petang, abati sampai, settle angkut barang semua, masuk kereta.. abati cakap dengan muka terkejut.. Eh, muka kamu nampak berseri-seri la.. licin ja.. kamu pakai apa, baik habaq...

Mula-mula tu suspen juga apa la abati nak tegur pasal muka aku ni.. bukan boleh sensitip juga la kalau orang tegur pasal muka ni. Huhu. Biasalah perempuan.

Dengan spontan saya jawab, eh mana ada pakai apa, tak dan dok kalut mengemas. Abati biaq betui...ka abati perli .. ?

Dengan nada slumbernya, abati cakap, idokk.. betul la ni.. berseri-seri,, yelah dah tak stress exam, berseri-serilah wajah anakandaku ni. 

Me : haha, kelako la abati ni.
Tau dak sebenarnya kenapa ..? Yelah, nak kata saya ni lawa, mmg idok le,, kulit pun sawa matang jer,, hitam manis pandang tak jemu 😝.. kulit saya tak putih gebu mcm orang lain.. sekali sekala naik jerawat besar pula tu bahagian pipi kiri, memang ni tempat favorite sekutu jerawat, saya baca orang yang naik jerawat bahagian pipi kiri ni, sebab selalu stress, maka naik la jerawat bahagian pipi kiri tu,,ala kulli hal, saya bersyukur sebab saya tahu Allah dah ciptakan saya dengan sebaik-baik kejadian, Alhamdulillah.

Jadi untuk saya menjaga sebaik-baik ciptaan dan kejadiaan yang Allah dah bagi ni, saya amalkan makan Vitamin C Shaklee pagi-pagi lepas sarapan pagi sejak 2014. Al-maklumlah, orang yang lemah antibodi ni, tambah-tambah yang kuat bersin dan selsema tu mcm saya ni, memang sangat memerlukanlah Vitamin C ni.


Saya pilih produk shaklee sebab Shaklee ni satu syarikat yang dah kukuh, dah melalui research dan development yang lama, nak hasilkan satu produk tu kajian selama lapan tahun dijalankan, bukan suka suka hati jer buat xde kajian. Lepas tu kajian tu x diuji ke atas haiwan untuk keberkesanannya. Percaya tak ? Kalau tak percaya, pergilah search dekat google sana ttg Shaklee, mesti akan jumpa.

Okey, back to our topik pasal muka berseri-seri yang abati cakap tu, saya syak sebab kesan makan Vitamin C shaklee ni hari-hari lah, yelah, biar lah kulit tak putih, tak cantik mana, tapi sihat kan, sihat tu lagi penting sebenarnya, dan satu lagi hati tu kena bahagia selalu, barulah naik seri di wajah tu. Tau kenapa saya syak mcm tu ?

Sebabnya, banyak khasiat sustained release vitamin C Shaklee ni, firstly tgk nama pun dah tahu, sustained release. Sbbnya utk kita dapat manfaat vitamin C secara maksima lah, tapi vitamin c yg tdk diserap dalam badan akan dibuang melalui air kencing. Shaklee design lah sustained release teknologi berterusan scara smulajadi.



1 tablet vitamin C shaklee bersamaan dengan 7.5 biji oren. Larat ka kita nk makan oren sehari sampai 7 biji sengah mcm tu.. dan setiap satu jam, sbyk 1.5 biji oren bersamaan 100mg vitamin c akan dilepaskan di usus kita, dan sebiji vita C mengambil masa 5 jam utk diserap oleh usus .. padu kan ? Badan kita tak boleh produce sendiri tau vitamin C ni. Kena ada bantuan drpd luar.


Vitamin C ini membantu merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita, sebab tu kalau kita nk smbil supplement apa-apa, kena check, ada dak vitamin c, sbb khadiran vitamin c ni la yg membantu pembentukkan kolagen tu. Utk stay firm, kolagen memerlukan vitamin c yg sangat banyak. Kolagen ni sebatian asas utk otot, tisu, gusi rangka dan tulang rawan, maka ia mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot lembik.



Makanan apa kaya dgn vitamin C ? Lemon, oren, brokoli, tomato dsb. Kalau tak rajin mkan buah-buah dan sayur-sayur ni, boleh try amalkan supllement vitamin C shaklee.

Apabila bdn kita ada bekalan vitamin c secukupnya, insha Allah tiada lagi berlaku pendarahan gusi, kulit lebam dan kalau luka pun cepat baik, sbb sistem imun dalam badan kita dah tinggi. Patut lah, perasan juga, kesan makan vitamin c shaklee ni, time gosok gigi, gusi dah tak berdarah, serius tak tipu, tak baik tipu. Tipu dosa mati kena seksa, masuk api neraka.



Best kan vitamin c shaklee ni ..? Mungkin sebab tulah siang tadi abati puji nampak berseri-seri. Hihi. Kalau siapa nak try sbb sayang nikmat kesihatan dan tubuh badan yang Allah bagi ni, saya boleh tolong, mesej jer, saya akan tolong anda semampunya. Insha Allah.

Sharing dari leader Bs_legacy
Fb beliau adalah sumaiyah anwar. Silakan follow beliau ya.


Monday, November 13, 2017

Kembar berdua di hongkong


6 oktober, hari lahir aku. Kami memang kena pergi Penang sebab ada sambutan Master celebration Shaklee untuk kami. Kami gi awal sebab Shaklee bagi Penginapan FREE di The Light. Seronok!!! Sebab tarikh tu befday. Pastu hotel bagi Kek dan Hadiah buah dan kad. Tq The Light Hotel 😍😍





Tarikh 10 oktober 2017, encik husband buat suprise. Tapi dah tak jadi suprise sebab aku dah plan nak jalan perlis. Maka kena la dia pecahkan rahsia awal. Dia nak bawak kenal HONG KONG. 2 hari saja jaln di Hong Kong. Bolehlah untuk kenali rakyat diorang kat sana kan.

Kami naik Air Asia. Apa best kalau naik Aor Asia, aku suka makan nasi lemak dia. 🤣🤣 . Dulu masa pregnant, pernah mengidam nasi lemak atas flight Air Asia. Dasyat kan.



Dah selesai la aku makan nasi lemak best tu. Pernah naik etihad airways. Makanan dia tak lalu dek tekak aku. Hehe.

Perjalanan dari Klia ke HONGKONG dalam 6jam rasanya. Masa tu la masa kita nak berehat atau buat apa yang tak boleh waktu sibuk. Aku pilih baca buku lah. Kat rumah , payah nak baca.


Lepas baca, kita bincang dan buat nota. Sebab nanti best nak sharing dengan anak buah nanti. Tak sangka, dalam beberapa jam dalam flight, dah siap baca 2 buah buku. Wah. Menarik. Lepas ni, kalau travel sorang atau berdua, pastikan bawak buku. Quran lagi bagus kan. 😃


Alhamdulillah. Dah sampai Hongkong. Kawasan berpulau pulau. Airport pun sekelilingnya air. Sibuk perairan dia nampaknya.

Okeh. Kita tukar simkad dulu. Nanti boleh nak live di fb nanti. Dah janji dengan peminat. Haha

Instruction dalam bahasa dia la. Pening juga nak selesaikan ni. Android dan apple beza beza setting. Tapi akhirnya dah boleh guna. Beli online je sim ni. Dia pos kat kita. So mudah la. Tak ada tercari cari kat hongkong tu kan. Orang orang dia, paham paham la jenis mcm mana. Susah nak tolong orang. Pesen dah kot.

So kita live sekejap. Klik link untuj live yg full.


Kita nak ke hotel. Nak berehat. Sebelum tu kena cari makan. Lapor. Naik bas dulu. Beli tiket. Dari tempat ketibaan tadi, kena turun bawah. Pegi kat tempat bas.


Ada tiket bentuk kad. So simpan la. Nanti nak balik, guna balik ni. Dia mcm touch on go.

Akhirnya ... Terbongkar rahsia. DIA DATANG NAK SOKONG TEAM BOLA!!!

Malaysia Hongkong. Semangat betul. Aiyyaaaa..
Tak apalah . Kasi can dia enjoi. Nanti balik Malaysia, kena kerja lagi. Hehe

So next saya sambung , kami makan di mana. Biasalah kan, bukan negeri kita. Makanan halal susah. So kena cari. Nanti saya share next episod.. stay tuneee. Taraaa . Baaaii