Tuesday, August 8, 2017

Koya penulis novel amatur: episod 7

EPISOD 7:


Di satu petang, Naufal meronda menaiki motosikal di sekitar taman perumahan tempat dia membesar. Taman ini, taman lama. Sudah hampir 15 tahun dia menetap disitu bersama keluarganya. Kebanyakan penduduk, ramai yang belum berpindah semenjak mula sampai dan membangun keluarga mereka. Naufal tinggal disini dari umurnya 8 tahun. Sekarang, dia belajar di UPM, dan apabila cuti semester, biasanya dia banyak mengahbiskan masanya di program program university. Menawarkan diri untuk menjadi penggerak persatuan demi mencari mutiara berharga, buat meneruskan kerja dakwah di tempat itu. Tapi hari ini, dia tiada program. Jadi, dia duduk dirumah sahaja.
.
.
Di hadapan rumah Naufal, kelihatan, ada kunjungan dari seseorang .Dia tak mengenali siapakah mereka.
Naufal baru balik dari meronda taman. dari jauh dia seperti sedar ada orang datang. “oh siapaka mereka? Naufal berkerut dahinya” . Naufal pergi mendekat untuk masuk ke pagar, meninggalkan motornya diluar, dia menapak menuju sebuah kereta yang di letakkan berdepan dengan pagar rumah.
.
.
“Ya pakcik, pakcik cari siapa ya? Naufal bersuara. Di hadapannya seorang lelaki berumur lingkungan 50-an. Dirasanya ada lagi beberapa orang didalam kereta, tapi Naufal tidak tahu siapa.
.
.
“Nama pakcik ni, Pakcik Ramli. Panggil saja Pakcik Ramli. Pakcik nak cari Pak Mansor. Pakcik ni kenalan dia zaman belajar dulu. Dia ada ke? Kalau tak silap, ini alamat rumahnya yang dia pernah bagi dulu.
.
.
“Oh, pak Mansor tu ayah saya. Sekejap ya. Kereta dia ada ni, mungkin dia ada dirumah, sila masuk dulu pakcik. Jemput Nuafal berbahasa.
.
.
Pakcik Ramli membongkok membuka pintu kereta. Ada 3 orang lagi bersamanya di belakang. Naufal tidak bertanya siapakah mereka. Ada 3 orang perempuan dan seorang lelaki. Mungkin anak-anak dan isteri Pak Ramli.
.
.
Mereka keluar dan mengikut Naufal masuk ke rumah.
.
.
“Ayah, ayah”. Naufal memanggil. Mungkin ayahnya sedang menonton televisyen. Biasa rutin ayah setiap petang. Kalau tak keluar meronda, mungkin hanya berehat dirumah.
.
.
Ayah Naufal keluar sambil membetulkan kain pelikat yang dipakai. Menjenguk ke ruang tamu. Siapakah yang datang? Ayah Naufal seorang pencen tentera. Sekarang banyak buat kerja untuk Taman itu. Surau, komuniti taman. Keterlibatan itu memenuhi masa lapangnya.
.
Naufal memperkenalkan kawan ayahnya. Ayah Naufal seperti berkerut, berfikir. "Ramli mana?" Setelah itu “Ohhh, Ramli Janggut”. Seperti sangat riang ayahnya menyebut. Pakcik Ramli menagngguk dan mereka berpelukan sekatika. Sambil menepuk nepuk bahu ayah, Pakcik Ramli kenalkan teman yang datang bersamanya. Ini isteri, tu dua lagi anak aku. Ayah mengangguk. Naufal melirik ke arah dua orang tadi dan senyum. Ada senyuman yang Naufal tertarik. “Naufal mengalih matanya. Berbisik sendiri. “apa ni tengok anak orang?” Naufal berlalu masuk ke dalam dan membiarkan ayahnya berbual. Rakan lama, mesti banyak nak dibualkan. Naufal terus kedapur memberitahu uminya.
.
“Umi, kat luar tu, ada kawan ayah datang. Mungkin nak berjumpa untuk borak-borak. Rakan lama tu”. Umi yang tengah memasak terus bersiap. Mengenakan tudung. Sednag bersiap-siap, umi bersuara bertanya “Oh, berapa orang yang datang Naufal? Naufal mengira, “5 orang umi”. Ada anak perempuan sama. Umi tengokla kalau berkenan. Senyum naufal dan Uminya bertaut. Umi tahu Naufal saja saja buat nakal.
.
Umi keluar membawa air, naufal mengikut dari belakang dan duduk bersama di ruang tamu. Umi berbual dengan Isteri Pak Ramli, Naufal sempat lagi melirik ke arah dua orang anak Pakcik Ramli. Sepertinya ada raut yang sangat manis disitu.
.
Kedengaran mereka berbual. Memperkenalkan anak anak pada umi. “Ini Nurin, dia belajar di UPM ni je. Hujung minggu, biasanya dia balik rumah. Kami duduk sekitar sini juga. Kat Bangi. Adik dia tu belajar di Darul Quran. Pun dekat. Biasa memang balik tiap minggu, sorang lagi ni sekolah menengah lagi. Sekolah dekat rumah saja. “ooo, Nurin”. Naufal dapat jawapan pada namanya.
Oh UPM, sama la dengan Naufal. Umi melihat pada Naufal. Naufal senyum. Tak tahu nak kata apa-apa. Nurin pun seperti malu-malu diperkenalkan begitu.
Ia berlalu begitu saja. "Nurin, kos apa ya?" Naufal pun tak tahu dan seperti malu nak bertanya bagaimana. Biarkan saja soalan itu tersekat di kerongkongnya.
Selepas it, tiada lagi cerita keluarga itu. Naufal juga sudah makin sibuk dengan aktiviti di Universiti. Kehulu kehilir dia. Perjumpaan, program, usrah. Semuanya dia ikuti.
.
.
Sehingga satu hari, ayah Naufal menerima sebuah panggilan dari pakcik Ramli. Mengatakan hasrat, jika ada peluang untuk berbesan antara keluarga ini. Ayah Naufal terpinga-pinga. Siapa yang Pakcik Ramli mahu lamar?
Dan...
Terdengar dihujung corong suara Pakcik Ramli “Naufal untuk Nurin”. Terkejut Naufal. Nak senyum? Tapi tak tersenyum. Kenapa dia? Terfikir fikir tanpa arah yang jelas.

Monday, August 7, 2017

Koya penulis Novel amatur : episod 6

EPISOD 6:

DI JEPUN:

“Nuha”. Kedengaran suara memanggil. Nuha tersentak.
“Nuha fikir apa. Nasi tak makan? Naufal bertanya sambil mengerut dahi. Rungsing.
“Eh, tak adalah. Tiba-tiba teringat Nekjah, ibu dan Nusrah”. Balas Nuha. Nuha senyum dan teruskan makan. Dia sudah agak kenyang. Nasi beriyani itu, sepinggan sudah boleh mengenyangkan dua perut yang sedang lapar itu tadi. Begitu banyak nasi sepinggannya. Berbaloi lah bayar ¥600. Dalam RM40 sepinggannya.

“Oh, nanti kita beli hadiah kat semua mereka ya”
Baru Naufal ingat, adik Nuha itu namanya Nusrah. Sebelum ini, Naufal pernah melihat orang seiras Nuha. Tapi dimana ya? Mungkinkah itu Nusrah. Naufal lupa. Oh, biasalah, dalam dunia ada 7 orang wajah seiras.
.
“Ok, dah siap kan? Jom kita masuk masjid”. Naufal mula bersuara. Cantik masjidnya. Berwarna coklat pekat dan ia adalah sebuah bangunan tinggi 4 tingkat. Tak ada kubah. Hanya ada tulisan “Nagoya Mosque” di dinding masjid. Mereka melangkah naik ke tingkat dua. Badan orang Malaysia, cepat semput, naik tangga untuk dua tingkat bangunan juga sudah mengah. Bagaimana agaknya kalau perlu naik ke tingkat empat. Boleh ketiduran penat. Tapi, orang jepun, uniknya, susah jumpa yang berperut buncit dan yang berbadan gempal. Kelihatan mereka semunya sama saja. Sangat menjaga berat badan. Bagus. Mungkin empat tingkat ini mudah bagi mereka. Naufal berfikir sendiri.
.
Waktu itu sudah zohor. Mereka mahu bersolat Zohor. Sekitarnya ada beberapa orang kanak-kanak sedang bercakap. Rasanya mereka bukan adik beradik. Ada yang putih mata sepet, ada yang rambut kerinting dan macam arab. Ya, mereka orang yang tinggal di Jepun. Mungkin ibu-bapanya bekerja disini. Seorangnya dari Mesir, Fasih English dan Jepun. Hebat anak itu. Kagum Naufal melihat. Seronok juga disini.
Selesai itu, mereka mahu kembali ke Nagoya station. Menaiki keretapi menuju ke Takayama.
------------------------------------

Kota Bharu.
Nusrah berjalan di sekitar bandar itu. Mundar mandir dia mencari kedai buku. Nusrah memang miliki jiwa membaca yang sangat tinggi. Sesuailah dengan karakter cikgunya. Dari sebuah kedai buku, dia berjalan lagi ke kedai buku lain. Dulu, Nusrah bersama Nuha mencari buku bersama-sama. Mereka selalu singgah di kedai "Mee Celop" yang menjadi kegemaran mereka berdua. Mee celop itu antara yang popular disitu ketika itu. Makan, mungkin tak cukup semangkuk. Nuha dan Nusrah memang berkawan baik. Mereka hanya berdua, dirumah, di sekolah. Cuma, bila p[eluang ke Universiti itu berlainan, mereka berpisah seketika. Tapi, setiap hujung minggu, mesti ada ketika mereka bertukar tempat. Berhujung minggu bersama-sama. Kadang-kadang Nuha ke tempat NUsrah, begitulah sebaliknya.

Nusrah di UKM bangi, Nuha pula di UiTM Shah Alam. Hanya perlu bertukar gerabak KTM Komuter untuk mereka bertemu saban minggu.

Tapi, itu dulu. Mungkin tak akan ada lagi cerita itu. Nusrah akur. Inilah hidup, selamanya mesti ada berubah. Fikiran Nusrah melayang sebentar.


(bersambung)
Baca episod 1-6 juga di
http://www.ninimuhammad.com

Sunday, August 6, 2017

Koya penulis novel amatur: EPISOD 5

EPISOD 5:
.
.
Kicau burung petang hari. Riang ria burung berterbangan. Di mulutnya ada secebis roti. Mungkin ingin terbang bawa pulang kepada yang menunggu di sarang. Itu kisah burung.
.
Nekjah termenung di tingkap dapur rumahnya. Sekian lama dia memendam rasa. Badan juga makin lemah. Urat-urat tebal mula timbul di kulit. Kurus badan Nekjah. Sambil tangan mengupas bawang. Matanya dikesat. Mungkin keluar airmata tanda pedih, atau alirannya keluar bersama sendu sendiri. Nekjah, kematian suami sudah lama. Dari umurnya 40 tahun. Sekarang umur Nekjah sudah hampir 80-tahun. Suaminya meninggal kerana sakit jantung. Nekjah hanya ada dua orang anak yang dijaga penuh kasih sayang.
.
Tiba tiba, ada bunyi dari ruang tamu rumah.
“Nekjah , oo Nekjah”. Ada suara perempuan memanggil. Nekjah tahu, itu suara cucunya. Nusrah. Dia baru pulang dari kerja. Nusrah bekerja sebagai guru di sekolah. Biasanya jam 3, dia dah balik rumah. Seorang gadis yang suka duduk di rumah. Menemani Nekjah dan ibunya. Nusrah ke dapur menjenguk Nekjah.
.
“Nekjah buat apa tu. Masak ke?” Tanya Nusrah lembut dan tersenyum. Cantik Nusrah ni. Nekjah dalam sayu membalas “Ya, tengah masak. Sekarang la masa aku nak masak kat kamu. Dah taka da nanti, kamu dah tak boleh rasa masakan aku dah”. Nekjah berseloroh. Masa yang sama matanya berkaca. Cepat dia menyapu matanya seperti pedih bawang. Mengelak daripada Nusrah mengesannya.
.
.
Nusrah datang mendekat. “Nekjah. Nekjah cakap apa ni. Nusrah tak nak dengar la Nekjah cakap macam ni”.
.
.
Nusrah pun sedang bersedih. Dia teringatkan kakaknya Nuha. Nuha buat apa sekarang di Jepun? Ingatkah Nuha pada dia? Nuha dah kahwin dan ada yang dah sayang dia. Nuha mesti lebih bahagia sekarang. Nusrah melayang perasaan. Adik beradik kembar yang tak pernah berpisah, memang perit rasanya. Waktu akad nikah Nuha, Nusrah hanya mampu melihat dari ruang dapur. Tak mampu dia bersuara apa-apa. Degup jantung dia juga laju. Tak diketahui kenapa.
.
Nekjah sedar Nusrah mengelamun. “Hai Nusrah. Kamu pun dah nak tinggalkan Nekjah macam kakak Nuha ke? Dah ada calon? Nekjah saja menyakat menghilangkan rasa sayu mereka petang itu. Beginilah keadaan kampung. Hanya keluarga yang memberi hiburan. Keluarga juga yang bagi perit rasa berpanjangan.
.
“Nekjah ada calon untuk Nusrah ke?” Nusrah senyum.
.
Nusrah teringat Nuha dan Naufal. Beruntung Nuha ada suami macam Naufal. Walaupun sebentar dia duduk sebumbung dengan Naufal, dia tahu, abang iparnya sangat baik dan soleh.

(bersambung)

Koya penulis novel amatur EPISOD 4


EPISOD 4

Toilet kat mana ya? Tanya Nuha.
“Oh,toilet. Ingatkan tertinggal hati dalam "flight". Naufal saja menyakat. Nuha cebik saja.
.
"Jom kita cari. Ada je dekat sini. Jalan depan sikit” Kata Naufal yakin. Naufal pernah ada bebrapa orang kawan yang pernah belajar dan bekerja di Jepun. Sedikit sebanyak, ada maklumat yang dia tahu hasil carian dan pertanyaan. Supaya mudah mereka berjalan. Untung bertanya awal-awal. Masa lebih jimat.
.
“Ini dia toilet. Tapi, toilet Jepun ni ada butang. Press ada beberapa jenis. Tengok lambang ni. Naufal tunjuk satu gambar di skrin talifonnya kepada Nuha. Sebenarnya Nuha juga ada mencari informasi itu. Dia rasa dia tahu. “ok”. Ringkas Nuha membalas dan terus pergi ke toilet.
.
Tapi, realiti memang berterabur juga. Nuha tekan semua butang yang ada. Siap ada muzik sekali. Nuha tergelak. Memang kelakar. Nuha keluar dan menuju ke arah Naufal. "
.
Setelah selesai. Mereka terus ke tempat menunggu. Memang tepat pada waktunya, keretapi pun sampai. Oh, ini keretapi biasa. Naufal perlahan menyebut. Tak mengapa, naik sajalah. Dia bermonolog. Walau keretapi biasa, tapi ketepatan waktu amat takjub. Dan kelihatan semuanya beratur untuk masuk ke perut keretapi. Naufal mengangkat beg, dan Nuha mengikut dari belakang.
.
Mereka mencari tempat duduk. Suasana didalam keretapi itu sunyi tanpa suara. Penumpang semuanya seolah berfikir masing-masing. Mungkin mahu pergi kerja, kerana waktu itu waktu bekerja. Naufal dan Nuha segan untuk berborak di dalam gerabak. Kerana,jika bersuara walaupun diminimakan, tetap didengar dan mereka biasanya akan menoleh melihat siapakah yang bercakap. Jadi, untuk 40 minit itu, Naufal dan Nuha berehat lelapkan mata sebentar sementara belum sampai tempat berikutnya. Perut juga boleh tahan berbunyi. Lapar.
.
Naufal berbisik ‘Nuha, awak lapar?” Nuha mengangguk. Kesian pula melihat isteri dia lapar. Nuha menyambung "Tapi ada biskut dalam beg ni. Nak buka beg, tapi segan la pulak.". Naufal baru teringat. Mereka memang ada beli makanan kering untuk dibawa sebagai bekalan sebab memang terfikir, kalau ada masa mencari makanan agak susah. Jadi dibawa makanan kering. Cuma, dalam keretapi ni, tak boleh makan apa-apa. Jadi, mereka ambil keputusan, lelapkan mata dahulu. Sampai destinasi nanti, baru makan.
.
40 minit kemudian, Naufal dan Nuha sampai di Nagoya station. Kawasan ini bukanlah Bandar besar. Nagoya adalah satu kawasan kampung. Tempatnya cantik. Ada hutan , tasikn jernih. Sekitarnya bukit bukau. Rumah-rumah yang tersusun. Cantik dan tenang. Destinasi mereka sebenarnya adalah Masjid Nagoya. Naufal sengaja ingin mencari masjid dahulu. Sebab, dia ingin melihat orang Islam di Jepun. Melihat apa yang menarik di Masjid negara orang. Sebelum sampai masjid, mereka perlu menaiki Subway (keretapi bawah tanah), dan akan tiba di Honjin station. Mereka perlu berjalan kaki sedikit, untuk sampai di Masjid itu. Sebenarnya mereka ada keliru jalan. Langsung berjumpa seorang perempuan lingkungan 40 an. Naufal bertanya arah. Bersungguh betul kakak itu menunjukkan jalan. Mungkin kalau dibiarkan, kakak itu juga boleh sampai ke Masjid bersama mereka. Naufal senyum. Mungkin budaya mereka begitu. Bagus.
.
Mereka tiba di Masjid Nagiya. Sekitar masjid itu, ada kedai makan. Naufal melihat jam. Waktu masih belum masuk Zohor. Jadi, Naufal dan Nuha menuju ke kedai makan untuk menyantuni perut mereka yang sudah hebat bermuzika.
.
Singgah di sebuah restoran India Muslim yang menyediakan nasi beriyani. Sepinggan berharga ¥600 termasuk air. Nasinya agak banyak. Cukup untuk perut kecil mereka berdua. Naufal berkongsi makan dengan Nuha. Inilah waktunya untuk menghembus lagi nafas kasih sayang dalam setiap butiran nasi yang jatuh dan dimakan oleh mereka berdua. Naufal menyuap Nuha untuk suapan pertama. Nuha tersenyum menerima suapan itu. Terasa romantic sebentar. Nuha membalas dengan satu suap lagi dan seterusnya makan seperti biasa. Mereka pengantin baru. Masih malu. Tapi, dalam hati masing-masing terasa beruntung. Siapa sangka mereka akan menjadi pasangan hidup. Naufal merenung Nuha sambil senyum seolah berangan. "Haish, berangan apa? Sampuk Nuha. Naufal gelak. Saja mahu kenakan Nuha yang agak kekok jika direnung. Naufal masih belum mengenali sebetulnya siapakah Nuha. Yang Naufal tahu, Nuha ada seorang adik kembar yang tinggal bersama mak dan neneknya di Kampung. Siapa nama adik Nuha? Naufal lupa. Nanti Naufal akan cuba selami siapa Nuha. Dia tahu Nuha seorang yang baik. Tapi disebaliknya, seperti banyak kisah tersembunyi. Nuha juga seperti segan-segan dengan lelaki. Mungkin kerana sekeliling hidupnya sebelum ni adalah perempuan.
.
"Nuha!!”. Kedegnaran suara memanggil. Nuha tersentak

Adaptasi dari perjalanan ayah hebat (tapi bukan Naufal). hehe

.

Saturday, August 5, 2017

Koya seorang amatur Novel episod 1-3


EPISOD 1:
Awal pagi itu, mereka tiba di Airport Nagoya Tokyo. Sepertinya sangat tenang.
.
Nuha dan Naufal berjalan laju ke Imigresen. Sambil genggaman erat dua tangan pengantin baru itu bersela. Tersenyum lebar. Ini kota romantic. ‘Bisik Naufal bersenda”. Nuha merah pipinya, memandang langkah kaki Naufal , dalam hatinya berbisik ‘Ya Allah, tampan dia yang bersamaku hari ini, rasanya beberapa hari sebelum ni, kami masih malu-malu kerana masih baru bertemu. Perkahwinan rancangan terlalu pantas. Tak sangka, Naufal jodohku”. Nuha senyum.
.
.
Oh, Nuha tersedar lamunan. Seperti mimpi dirasa. Dia kembali ke dunia nyata. Beratur bersama kumpulan penerbangan Singapore Airlines ke Nagoya Tokyo. Jepun, sungguh sistematik. Mengangguk dan pantas berlari. Masa mereka berharga. Tidak hairan, disiplin anak-anak jepun amat tinggi. Selesai Imigresen, Naufal bawa Nuha ke tempat beg yang berpusing dirodanya . Menunggu beg mereka sebelum menuju ke hotel penginapan.


EPISOD 2:
Sementara menunggu beg, di airport Nagoya itu, sempat mereka berdua bergambar kenangan. "Oh, kita kena tukar simkad". Ujar Naufal sambil membelek simkad Japan yang comel bergambar kucing Ada keterangan sedikit menggunakan bahasa Inggeris. Tak sabar Naufal untuk ada internet. Mahu dikhabarkan kepada keluarga yang mereka telah selamat tiba di lapangan terbang Jepun.
.
.
"Tet, tett*. Ada mesej yang masuk di telefon bimbit milik naufal. Itu menandakan sudah ada line untuk digunakan. walaupun bahasa pengesahan adalah menggunakan bahasa Jepun. Naufal senyum dan mengangguk seperti sudah faham. Kemudian, ada signal banyak whatsapps masuk tak berhenti. Baru dia teringat, sebelum menaiki flight dari KLIa menuju ke Jepun, dia ada memuatnaik satu gambar di Facebook dengan tulisan ringkas "sweet memori honeymoon, japan". Ternyata ramai yang melihat dan meninggalkan komen di situ dan ada juga yang mengusik dengan whatsapps secara peribadi. Tersenyum juga Naufal. Selesai dia menulis sedikit mesej untuk keluarga di Malaysia, Naufal pandang jamnya yang dia dapat dari Nuha sempena barang hantaran yang dibalas. Terasa segak memakai jam itu. Jam sudah pukul 6 pagi. Jepun sudah sangat cerah. Di Malaysia ternyata baru subuh. Walaupun perbezaan masa hanya sejam, tapi kerana siang di jepun panjang musim ini. subuhnya masuk jam 3 pagi. Sungguh mencabar ya. Itulah kurniaan ilahi.



"Emm, ni beg sudah sampai". Nuha datang memberitahu. Dari tadi dia tercegat menunggu beg. Nuha gadis kampung dari negeri Kelantan. Inilah kali pertama dia menaiki pesawat dan jarak sejauh ini memang mendebarkan. Rasa kekok, takut, gementar, semuanya ada bersarang. Namun, dia tenang. Kerana, di sana ada Naufal. Lelaki asing yang akhirnya menjadi orang paling rapat denganya. Suaminya Naufal, wataknya tenang setenang air yang sampai dari sebuah air terjun. Mengalir perlahan bertemu batu-batu di jeram. Nuha sungguh selesa dan nyaman dengan ketenangan itu. Lelaki yang dia masih belum boleh menyebut "abang" . Selepas 7 hari menjadi pasangan hidup. Nuha senyum walau ada sesuatu yang dia fikirkan tapi, Nuha biarkan fikiran itu melayang pergi. Bertaut kembali tangan dua sejoli ini. Berjalan ke tempat beg, dan mengangkat beg masuk ke troli.


EPISOD 3:
Selesai sudah urusan imigresen. Tak susah untuk lepas. Jam sudah hampir pukul 8 pagi, seperti dalam perancangan Naufal, mereka perlu menuju ke stesen keretapi berdekatan untuk menaiki keretapi menuju Nagoya station. Agaknya bagaimanakah rupa keretapi Negara Jepun yang terkenal dengan pengangkutan paling maju ini. Dalam kepalanya sudah terbayang cerita Doraemon. Dengan bangunan canggih  masa depan. Begitu juga Dragon Ball dengan kapsul kereta yang boleh terbang. Naufal tersenyum sendiri. Cerita imaginasi yang membawa fikiran melayang.

Lalu, Nuha dan Naufal berjalan menuju tangga. Mereka perlu menuruni tangga untuk sampai ke kaunter tiket stesen keretapi Chubu Centrair International Airport. Seolah sama juga seperti KLIA yang mempunyai stesen KLIA EKSPRESS yang menghubungkan lapangan terbang dengan bandar sekitarnya.


Nuha bersuara “Jepun ni sistematik sangat kan. Tengok tu”. Nuha menunjukkan sesuatu didinding. Ada tertulis, lift (40m) dengan penunjuk arah depan. Bersungguh betul Nuha. Dia teruja dan gementar dia makin hilang. Seronok melihat keadaan baru disitu. Naufal senyum. Senyum itulah yang menggegarkan jiwa Nuha. Sambil mata dikecilkan, Naufal berjenaka “nak duduk Jepun dengan abang?”. Nuha sudah hilang suara. Hanya boleh palingkan wajah sebentar untuk meredakan pipinya yang memerah. Nuha senyum malu. Naufal menarik tangan Nuha dan digenggam erat. Ada makna dari genggaman itu. Mereka terus berjalan menuju ke stesen keretapi.


(Mengambil info pengalaman dari perjalanan di Jepun mei 2017)

Sampai saja ditempat yang dituju, Naufal terus membeli tiket dengan menggunakan mesin. Ada pilihan bahasa inggeris. Jadi agak mudah bagi pelancong Malaysia yang menggunakan abjad untuk memahami penunjuknya. Terus dibeli tiket untuk dua orang. Satu laluan sahaja dengan bayaran ¥ 2460 (dalam harga RM 100 untuk perjalanan 40 minit). Begitu sekali nilai duitnya. Naufal sudah mengira-ngira peruntukannya sebelum ini. Jadi, waktu-waktu menggunakan duit, dia sudah tidak berfikir panjang. Makin difikir, barangkali boleh dibatalkan pembelian kerana dibandingkan nilainya dengan ringgit.


“ Yes!! Dah siap. Ini dia tiket kita sambil tangannya menghulurkan sekeping kad kepada Nuha. “Nuha pegang satu, abang pegang satu. Jom kita duduk disana” Ajak Naufal sambil sebelah lagi tangannya mengheret beg. Beg itu tidak terlalu berat  untuk penggunaan 8 hari di Jepun. Cuaca sejuk berangin begitu, badan tak akan berpeluh dengan kuat dan baju biasanya kurang berbau. Cuacanya tak sama macam Malaysia. Musim ini,musim bunga. Sangat cantik. 


Tiba-tiba Nuha berhenti. Naufal berpaling,” Kenapa Nuha?

(bersambung)