Monday, July 13, 2015

Resepi biskut famos amos

Hari ni berkesempatan buat (sekut raya) . Orang panggil kuih raya :)

Kami kelantan ni, kuih tu macam donut tu. Hehe.

Ok. Tak yah panjang panjang. 
.
.
Resepi ni mudah sangat. Dan sedap sangat biskutnua. Rangup.

Inilah kejadiannya.

Disebabkan saya ada baby umur 3 bulan yang dah pandai merengek merap :), jadi Waktu menyediakan bahan tu, kena ada orang jaga baby jap.

Lepas dh sedia bahan, nak masukkan dalam loyang, boleh buat sambil dukung baby. Hehe. Mudah bebenor.

Ok. Ni resepi. Saya ikut yang ni je la



Alhamdulillah. Sedap sangat. Sebab badam tu saya letak banyak. Hehe


Selamat mencuba ya kawan kawan.

Sekian.

Nini nisrin
Shaklee perlis

014 506 8306

Nak banyak susu? Buat power pumping

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dlm cara yang lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung akan meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?

Untuk Single pump / hand expression 
– pam sebelah kanan 10 minit, 
kemudian kiri 10 minit, 
tukar semula ke kanan 10 minit
dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – 
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, 
sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit 
dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu 
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. 
Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

- Letakkan gambar / blanket /bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

- boleh juga memperdengarkan rakaman suara bayi anda menangis untuk membantu pengeluaran lebih banyak. 

- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

- Pum setiap 2-4jam sekali

- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)
  


Happy pumping!

Sunday, July 12, 2015

KAYA tuntutan ISLAM

kebelakangan ini, muncul ramai yang memulakan bisnes.
.
.
.

Ada bisnes ayam
Ada bisnes kambing golek
Ada bisnes pakaian
Ada bisnes kuih kerepek 
Ada bisnes vitamin
Ada bisnes periuk belanga

.
.
dan sebagainya


Tidak lupa juga, ada yang memperlekehkan usaha orang yang baru mula nak berbisnes.
.
.
" alaa, engkau nak sangat tiru dia, dia bisnes, engkau pun nak. engkau buang masa saja la. dia tu dah lama. memang la dapat banyak untung."

"ala engkau ni, sapa sangat la nak beli nasik lemak kau tu. bukannya ramai sangat orang kat sini. depa pagi pagi mana beli kat luar. makan roti ja kot. membazir je la kalau jual tak abes nanti'


beginilah keadaan yang biasa kita tempuhi. saya tidak faham, mengapa kita biasa begini ya?
.
.
.

tidak positif. takut untuk mencuba. 

Padahal, ISLAM MENUNTUT umatnya supaya KAYA.

tengok ni, harta pejuang islam dulu


KENAPA KITA PERLU 'KAYA'

1. kita akan dapat lebih nilai di mata masyarakat. 
bukannya untuk rasa meninggi diri, tapi lebihan yang kita ada, kita boleh memberi kepada yang memerlukan. 
kita tidak menjadi orang yang meminta minta atau 'berkira' untuk berbuat sesuatu. 


2. kita boleh menggunakan wang itu dalam cara yang baik. 
dan ia akan membuatkan harta akan beredar di kalangan kita. makanya, masyarakat kita akan menjadi lebih baik.

3. banyak perkara syariat / (dakwah dan ibadah) berkaitan wang.
haji/umrah memerlukan duit
zakat perlukan duit
jihad juga perluakan kewangan
- lihatlah teladan. Rasulullah dan isterinya khadijah, menggunkan harta sendiri untuk islam. (rasulullah kaya, khadijah pun kaya)

4. keluarga bahagia. bukannya tiada duit / kurang berada itu tidak bahagia, tetapi kebahagiaan dengan adanya harta adalah berbeza.hayati pesanan ini:

Menurut Rasululloh, 3 hal yang membuat manusia bahagia adalah: 

1. Istri/suami yang sholeh/sholehah
2. rumah yang luas dan kendaraan yang nyaman
3. rumah yang luas dan kendaraan yang nyaman,




5. melanjutkan pelajaran/ menuntut ilmu sebanyaknya. dan untuk menuntut ilmu, kita kena ada kewangan untuk menampung.

ok. ini saja antara apa sebab kita perlu kaya.


jangan gunakan agama sebagai sebab kena miskin dan zuhud.
silap konsep.

jadilah kita orang yang 'kaya' di dunia, 'kaya' juga di akhirat

Saturday, July 11, 2015

Enjoy bisnes dan ukhwah

bisnes adalah salah satu cabang untuk kita melebarkan sayap dakwah. lebih lebih lagi, kita berjaya menjadi icon yang ramai orang mahu jadi seperti kita.

seperti Rasulullah mengajar kita supaya menjadi icon masyarakat. begitu juga dalam bisnes. kelompok kita untuk kita dakwahi.


buat istana pasir. gah nya istana kami. Ilani, khusyuk =)

memberi kan sedikit input, semoga bermanfaat

penganugerahan setahun sekali bersama shaklee. (jun)
ada master farihah, master iffah dan semua sideline yang best.

perbincangan, nak reka rumah tercantik. kelihatan master farihah amat tekun =)
masa ni amin kecik lagi. hihi. rinduuu. ni abi depa jaga. ikhwan duk dengan che su kat bilik hotel

ini program lain. hehe. terselit.

ini pulak, VIVIX, rahsia ter best. membantu pesakit kronik
nak tahu lebih, boleh what apss saya 014-506 8306 (master nini)



ok sekian saja.

saja nak tunjuk gambar gambar kenang kenangan =)


kenangan "KANAK KANAK'

ni mak saya simpan. ingat lagi beli masa kecik kecik dulu. RM0.60 rasanya kan.


[MENGIMBAU KENANGAN]
betullah orang kata, apa yang sudah pergi itulah yang kita akan rindui
sebab itulah, islam ajar kita untuk hayati waktu "sekarang yang kita miliki. bukan nya menunggu esok yang belum pasti. 

sekarang ni, kita ada terlalu banyak media sosial. Kadang kadang ia melekakan. kita tak manage elok elok. sayunya. kan.

jadi , pandai pandailah menggunakan. 

jangan pula, bila toleh belakang nampak anak kita " eh, dah besar dah anak ibu/ayah. tak perasan. dan tak sempat nak hayati pembesaran mereka. lantas di satu waktu, kita akan "merindui saat itu"


Saya waktu kecil terlalu banyak kenangan yang tidak boleh dilupakan. terlalu banyak yang umi ajar saya. 

dan saya ingin juga meninggalkan kenangan denagn anak anak sementara mereka membesar.

dah masuk ke alam sekolah menengah, universiti, kahwin, dah tiada sangat cerita yang boleh dilakarkan.


JOM, BINA KENANGAN ;}

=============================
nini nisrin
seorang umi, bekerja dari rumah 
014-506 8306

shaklee perlis

Friday, July 10, 2015

suppliment bukan banyakkan susu

SUPPLIMENT BUKAN UNTUK BUATKAN "susu jadi banyak" TETAPI....
.
.
Untuk jadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga. Kerana semua itulah yang menentukan kita akan cukup nutrisi dan anak juga mendapat susu yang banyak.
.
Rata rata mencari SUPPLIMENT YANG BOLEH BANYAKKAN SUSU.
.
.
Itu silap konsep ASAL.

Itulah sebabnya mengapa kebanyakn ibu yg pro-BF ni selalu kate, "tanpa supplement pun boleh fully BF". 

Betul tu.
Tanpa suppliment pun kita boleh saja bf. 
.
.
Tapi, kita jarang sedar tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada diri kita. Dan mungkin kita tidak tahu yang perubahan tu sebenarnya disebabkan kite menyusukan anak.

Contohnya:

Sakit gigi
Lenguh pinggang
Keguguran rambut
Cepat letih
Dan sebagainya

Pernah kita fikir ni tak?
"ibu yang tinggal di tempat kebuluran pun boleh menyusukan". Ada yang sakit pengsan atau koma pun susu tetap keluar. Ajaib tu kan :)

Tapi....

Kita perlu kasihankan diri sendiri juga. Asyik berkorban tetapi kita nafikan hak badan kita untuk sehat. 

Menyusu tanpa suppliment boleh. 
Menyusu dengan suppliment pun boleh

Makan nasik tanpa lauk pun aci
Makan nasik dengan lauk pun aci
Makan lauk saja pun aci 

Cuma setiap dari satu satu tu, ada kelainan impak. Anda yakin? 

Ini sedikit cerita berkenaan :

Kisah "BAYI" ahli syurga

Assalamualaikum pelayar internet sekalian. Alhamdulillah. Anda antara yang terpilih untuk melayari internet dengan mencari info bermanfaat. 
.
. Sebab, ramai pelayar pelayar zaman moden ini, mencari info yang negatif lantas, mereka terperangkap dalam dunia durjana. 

Kebelakangan ini, terlalu banyak kisah menyayat hati berkaitan dengan baby. Saya amat sedih kalau ada berita berkaitan baby. Payah untuk saya menekan punat play atau punat see picture. Mungkin ramai seperti saya.
.
.

Mengapa manusia makin kejam. Tiada hati dan perasaan. 
.
.
Memang yang buat perkara begini hilang kewarasan nya. Saat berbuat itu, seperti kata kata ini:


IMAN. Inilah kuncinya terhindar segala dari semua nafsu serakah.

BAGAIMANA untuk ADA IMAN?
.
.

1. Hayati KEBESARAN Allah (tafakur dan muhasabah)

. Pergi kemana sahaja, lihat alam dan kejadian Allah. Sebutlah Allah maha besar (ALLAHUAKBAR). Lazimi ia. Lazimi ia.
. Biasa kita sebut wahhh cantiknya permandangan. Ia langsung tidak membina iman. Sebutlah ALLAHUAKBAR. Terlalu hebat kuasaMu.


2.  jiwai KESAKITAN/musibah
.
.
Bayangkan kita jika terkena api atau dipukul atau apa saja. Boleh kuga bayangkan kita berada di dalam kapal terbang yang sedang dilanda ribut. Seperti merasai bagaimana agaknya kalau kita berada di dalam kapal terbang yang hanpir terhempas. Tenggelam di lautan dalam. Atau apa sahaja yang menakutkan kita. Dibawah ini kisah benar tragedi kapal terbang yang baru saja berlaku.


.
.

3. Bayangkan KEINDAHAN syurga dan seisinya
.
.
Bayangkan, kita dapat harta mewah di dunia pun kita sudah amat gembira. Inikan lagi jika Allah bagi berganda ganda. 

Moga apa yang kita ikhtiar ini memberi impak terbaik untuk hidup kita dan juga orang lain. 

ALLAH.


Hayati screen shot yang saya ambik ini. Jadikan sebagai ingatan untuk kita muhasabah.










Terima kasih atas kesudian membaca

Tuesday, July 7, 2015

5 kaedah berjimat beli keperluan bayi

(Ini budak sudah lahir, 24 march 2015)

Assalamualaikum. Haaa. Anda sama seperti saya. Walaupun anak dah masuk 2, tapi sebelum melahirkan anak ke 3, tetap juga mencari info info ini. Hehe. Tak salah. Kita kan mudah lupa lupa. Dah 3 tahun dah sambut baby kedua. Mesti banyak dah makin lupa.

Jadi, ni saya senaraikan "5 kaedah berjimat cermat dalam menyambut baby baru" untuk kita follow (sebaiknya la) :

1. Listkan apa patut dibeli
- tips saya: 
beli setiap bulan, kita mengandung 9 bulan. Jadi , biasa dalam 6 bulan mengandung, kita mulakan beli barang baby sedikit demi sedikit. Jangan tunggu nak beli sekaligus. Nanti kita hilang kawalan. Bajet pun kadang kadang lari.

- nanti saya nak kongsikan apa barang perlu beli awal, apa barang tak yah beli lagi. Tunggguuuu :)

2. Mesej atau call kawan kawan yang ada baby yang dah besar. Tanyakan jika ada mereka nak letgo barang keperluan yang tak digunakan atau tak diperlukan lagi. 
- kadang kadang, ramai kita ni dapat hadiah. Tapi tak sempat guna , baby dah besar. Hehe. Contohnya: 
  1. Sarung tangan/sarung kaki baby
  2. Topi baby
  3. Selimut baby
  4. Bedung moden baby
  5. Wet tissue
  6. Baju newborn
  7. Tuala 
  8. Tilam
  9. Set mandian 
3. Masuk group fb menjual barang preloved dan terpakai. Boleh beli dengan harga yang lebih rendah. Lebih jimat. Biasanya barang yang kita tak lama pakai. 

4. Pergi beli di ekspo baby atau waktu sales. (Jika ada) 
- tapi jangan over pulak. Tengok list. Beli apa yang perlu saja. Yang boleh tunggu atau tak perlu lagi, tak yah beli. Akan ada lagi ekspo lepas ni. Percayalah :)

- antara yang boleh beli banyak sikit:
  1. Wet tissue
  2. Minyak perut bayi (saya beli minyak tyt kat mydin banyak banyak)
  3. Pampers saiz s (saiz newborn jgn beli banyak)

5. Berseloroh dengan kawan kawan fb. Listkan apa yang belum ada. Nak datang tengok baby , bawak hadiah tu. Hahahahaa
- ni tips pancing. Hihi

Kenapa tidak kan. Elak bazir. Bawak barang yg sama. Baik bawak yg kita perlu. Hihi

--------- ok all my fren. Ni saja 5 langkah berjimat dalam kita membeli barangan bayi. Ya la kan, nak sambut orang baru. Mesti eksaited. Nak nak lagi, anak sulung.

Jaga jaga ya. Baik menyimpan banyak untuk mereka. Beli sekadar cukup saja.