Friday, March 20, 2015

mentaliti takut buat bisnes

mentaliti

'suka tengok akak bisnes. best. dapat income lagi'

jom la buat sama sama. dapat extra rm500 pun kira masyuk dah. sebab x perlu modal apa.

'xpelah kak, saya tengok ramai dah buat. mana ada yang nak beli dari saya'

lorrr...kalau macam tu, kita tak yah la gi sekolah. dah ramai dah jadi cikgu, jadi doktor, jadi itu dan ini.

lagikan yang jual di pasar malam pun ramai je jual air. tengok di bazar ramadhan lagi la kan. 

----------------------------

realiti

Allah bagi kehidupan kita adil. sapa buat dia dapat. sapa usaha pasti ada hasil . insha allah

Janga pernah takut untuk mencuba.

----------
Nini
Perlis



Buat duit

PENTING KAH MENYIMPAN?


=======================


cerita nabi yusuf. 6 tahun subur dan 6 tahun kering. Begitu jugalah kehidupan kita perlu bersedia.


Pakar kewangan kata, tabung kecemasan kita perlu ada total 6 bulan gaji (keperluan)


Kalau keperluan isi runah RM5K sebulan. Maka simpana kecemasan yang perlu ada ialah RM5K X 6 BULAN = RM30 K. 


Bayangkan gaji kita suami isteri ngam ngam boleh menyimpan rm300 sahaja sebulan. 


Jadi berapa bulan kah untuk dapatkan RM30K tanpa membuat pinjaman langsung?


Jawapannya ialah 100 bulan tanpa gagal. 

Iaitu dalam masa hampir 9 tahun.


===================

Jika kita boleh gandakan simpanan sebulan dan singkatkan tempoh itu , ia mesti lebih berbaloi kan.


9 tahun bekerja keras untuk simpana kecemasan tanpa kita ambil sedikit pun dari duit itu. 


Atau


Kita buat sesuatu utk menjimatkan masa kerja keras kita selama 9 tahun?


Mana lebih baik?


Pelaburan memang memerlukan pengorbanan. Mungkin kita ambil masa serahun untuk fokus. Dan menjimatkan masa 8 tahun ke hadapan. 


Namun pastinya ia lebih berbaloi daripada kita bertungkus lumus dalam kadar yang sama selama 9 tahun


Agaknya faham ke tak



Takut makan suppliment

Takut benar kita dengan suppliment ya?


'Ni kalau aku makan ni , nanti jadi bergantung plak. Tak boleh tinggal.


'Ni kalau makan ni nanti kan ada side effect'


'Ni kalau makan ni nantikan jadi gini gini'


Hoh. Duk makan frozen food la, big foot la, food food jajan bagai, megi segala, x rungsing pulok.


Alaaaa. Tu sekali sekala. Relaks ar kakak.


Kih3 

Sekali sekala pun buleh ye.


Takut tak bertempat ni memang pelik. :)


Ada ibu hamil takut makan vitamin sebab orang kata makan vitamin nanti baby besor.


Kita tengok apa pakar kata.



 Banyak sangat fikir sampai fikir yang bukan bukan.


Kita makan suppliment atau makanan tambahan ni bukan sebab apa . Tapi sebab ni 





Hidup kita bukan selalu complete kan. 


Sekejap makan tu, sekejap tibai ini.

Jadi , sebab itulah kita perlukan makanan tambahan. 


Tak semestinya makan berpuluh jenis suppliment. 1 pun memadai dah. 


Jangan sampai kita tak ambil langsung sebab TAKUT.








Monday, March 9, 2015

faktor kejayaan



JARANG ORANG MELAYU NAK KELUAR DARI KEPOMPONG.

Antara sebabnya adalah:
Amal konsep redha smile emoticon


Hari ni saya share sedikit tentang push factor:
==================
Push faktor ada 2 jenis
1. Kuat
2. Tak kuat


 push faktor kuat
- ialah bermaksud, kita perlu sangat benda yang kita nak tu, dan jika kita tak dapat , kita akan dapat kesan lain yang agak memberi tekanan pada kita.

Cth: kebuluran atau kelaparan
Nak sangat makan. Kalau tak dapat makanan, akan jadi gastrik, angin, sakit perut, gigil, tak boleh berfikir, dan lain2.

Contoh: hutang along
- kita nak sangat bayar, sebab setiap hari along tu datang bawak parang. Kita takut



push faktor tak kuat
- sesuatu yang kita nak , tapi kalau tak dapat pun tak apalah. Ada masa lagi.

Cth: hutang ptptn
- tak apa lah bayar lambat pun, black list pun x apa, bukannya saya nak travel pun. Ramai lagi tak bayar. Ok je punnnnn

Banyak lagi contoh lain
===================


Push faktor terbaik adalah yang kuat , iaitu yang memberi tekanan pada kita. Jika tak dapat, kita akan jadi sekian sekian keadaan.

Push faktor saya dulu adalah:

Saya nak kereta lain. Sebab saya kira usia kereta lama saya (tahun 1995) sudah sangat uzur. Tak boleh travel jauh dah bermula tahun depan depan. Dan jika terjadi begitu, saya dan keluarga travel naik bas atau keretapi. Dan memang itu yang kami lalui.

Pergi ke mascel kak cery dan iffah pun naik keretapi saja. Sebab kereta itu sudah tidak larat. Pernah mati kereta dalam hutan jeli nun.

Terlalu banyak tekanan saya untuk dapat kereta baru. Sampai termimpi-mimpi.

Kita bagaimana?

bahaya sembelit



da sesiapa disini menghadapi masalah sembelit...????
Berapa kali anda mengbuang air besar dlm sehari...???

Bahaya sembelit
tumbesaran kanak2 terbantut
merangsang kanser payudara
menyebabkan kanser usus besar
membawa maut kepada warga emas
meningkatkan risiko strok ketika proses memaksa membuang air besar

Risiko wanita menghadapi sembelit adalah 4 kali ganda berbanding lelaki . Sembelit akan meningkatkan risiko kanser payudara.

Cuci usus anda dgn herbalax shaklee

BUANG KOLESTROL



Jaga tahap kolestrol kita

Kolestrol yg tinggi menyumbang kepada risiko penyakit jantung dan strok berbanding dengan individu yg mempunyai kandungan kolestrol yg optima.



Faktor- faktor penyebab kolestrol adalah melalui:


Pemakanan
Merokok
Minuman keras
Tekanan
Hati tidak sihat

Saya akan kenalkan anda dgn PHYTOCOL & OMEGA GUARD Shaklee membantu anda mencegah dan menurunkan tahap kolestrol dalam darah...

7 petua cepat bukaan pintu rahim


hampir nak bersalin , maka banyak lah blog yang kita lawati =)
membaca kisah kisah pengalaman orang lain dan cari petua petua untuk diri sendiri.

saya pun macam tu juga.

ni ada saya simpulkan sedikit petua cepat bukaan pintu rahim



1. SELALU SELALU MANDI DAN BASAHKAN RAMBUT

ni petua orang tua tua. mungkin dengan basah, maka mudahkan pintu rahim terbuka . sebab tu kot ada waterbirth. hehe

jadi, rajin rajinkan lah mandi ya. tapi jangan mandi malam pulak ya



2. BANYAKKAN SUJUD
saya last last ni kadang kadang kena solat sambil duduk. tapi better duduk macam tahiyyat daripada duduk atas kerusi. sebab kita masih boleh buat sujud yang betul betul. sujud lama lama.

(kena buat ni nini weiii)


3. MENCANGKUNG
ni biasa buat masa cuci toilet. haha. so jangan malas malas cuci toilet. maka, tidak adalah mencangkung tanpa faedah ye tak =)


4. JALAN ITIK (DUCK WALKING)
buat la setakat mampu. jangan sampai kejung pulak. krem. hahaha


5. SENAMAN MENGANDUNG (MACAM KETUK KETAMPI TU )
ni saya ada tengok la dalam tips tips tu. tapi gigil gak la lutut masa nak bangun dari duduk tu. hehe
buat la, in sha allah. baby lebih terdorong di tolak ke bawah dengan lebih cepat.
ajak suami buat sama sama. baru la adil. hihi


6. BANYAKKAN BERJALAN
ni biasanya kalau amalan orang perempuan , shopping. takkan rasa pun letih. hihi.

so , pergilah pusing mana mana mall atau pusing la padang kalau rajin =)\\

7. BERDOA / DOA SUAMI / DOA IBU
ini paling awal sebenanryna. mintak dengan Allah supaya dimudahkan. allah.
sesungguhnya terlalu banyak kelalaian yang aku buat,. ampuni daku.

Tuesday, March 3, 2015

Kereta percuma shaklee

Antara push factor saya sungguh sungguh buat shak adalah CAR BONUS.

Tentang keadaan kereta dulu saya tak nak sentuh sebab kereta itu terlalu banyak jasanya. Wdw tetap di dalam ingatan.

Saya berimpian untuk dapatkan kereta baru tanpa keluarkan duit sendiri. Dan ia ada dalam company shak--- ini.

Selepas saya faham apa itu car bonus, bagaimana bayaran dan apa syarat lepas , saya sungguh sungguh berusaha.

Dan april 2013 saja dapat car bonus. Tidak sampai setahun saya buat.

RM 1000 extra cash yang di beri. Kami plan ambil alza. Sebab ia lawa. Dan mpv. Bulanan kami bayar RM555 sebab kami ada letak downpayment. Lebihan duit itu ada saving dan bayar takaful anak anak. =)

Sekarang ni alza tu saya dah pass kepada Zaujah Ammar untuk dijaga.

Vellfire juga kami bayar guna car bonus shak---.
Mesti timbul soalan. Berapa sebenarnya bonus kereta yang shak--- bagi?

Jawapan saya

Tiads amaun tetap. =) usaha lebih dapat lebih. Dan ada yang cecah puluh puluh ribu bonus kereta sahaja =)

Dalam empayar saya ada beberapa orang yang sudah lengkapkan bonus kereta itu.

Anisah Husna Ismail Noriah Ibrahim Nurul Mawaddah Masnah Maslan Fazlina Elkhadeejaa AzLiniey Az
Dan akan menyusul lagi yang baru.

X pernah mustahil =)
Sebab sudah ramai yang dapat. =)