Thursday, February 22, 2018

Buat rumah tanpa hutang

hai u ol. tq wei datang blog aku. terharu aku. 

Hari ni Jalan jenguk rumah yg belum siap ni. Kami tengah buat rumah zero loan. Separuh jalan sudah selesai. Kami hanya perlukan lagi separuh lagi perjalanan.Tapi memang akan disiapkan secepatnya. Tergendala lama berikutan memang buat dengan cash terkumpul. Tak ada pinjaman setakat ni. Begitulah perit buat rumah.


Iman termenung, tunggu bila rumah dia nak siap. haha



Hari tu gi jalan di Terengganu. D Cottage homestay. Cantik design dia. Design Inggeris (gray + putih) dan gabung dengan melayu lama. Cantik. Rasa nak tiru sikit design. Kalau u ol nak ry berehat kat sini, tu ada nombor telefon, boleh la call call. jangan call aku pulak. Aku jual shaklee je. Haha





Hari hari duk tengok rumah jiran aku yang baru siap tu, cantik gila. Haha. terbako bakor aku ni ha.


Tapi, tak apalah, aku akan selalu bayangkan rumah aku ni rumah yang tak perlu bayar bulan bulan selama 20 tahun dah lepas dia siap. Seronoknya kalau dibayangkan. aku akan senyum dan gelak sorang-sorang bila fikir macam tu. haha


Aku bayangkan juga, cantik rumah yang aku buat dengan perit ni. Sebab memang macam-macam jadi waktu perjalanan rumah ni. Benda yg libatkan orang lain ni, biarlah ku simpan elok elok jadi kenangan indah ðŸ˜œ. Nak buat rumah kena prepare mental. Jangan ingat smooth sentiasa. (Padahal aku beringat dah, tapi kena jiga akhirnya. ðŸ¤­)


Ini semua guna duit cash dari shaklee. Dulu kami ada kereta besar. Sekarang kami sudah jual kereta itu.
Alhamdulillah, kami di Kota Bharu. Mudah. Kajang juga dekat dengan airport. Balik sejam saja sampai insha allah. So, tak perlu kereta besar. Duit bulanan bonus cash tu kita selesaikan rumah ni. Bukan tak boleh ada kereta. Memadai kami guna 1 kereta bertuah ni. Rumah ni mesti siap tahun depan. Kami dah tak sabar nak duduk. 


Dalam shaklee ada beberapa cash yang boleh dapat. Shaklee bukan jenis bisnes yang 'redeem barang'. Shaklee adalah bonus cash.

- Untung runcit cash
- Komisyen jualan pun cash
- Bonus kereta pun cash. Shaklee tak bagi kereta dan tak paksa kita beli kereta. Duit tunai dapat 100%.
- Bonus kepimpinan cash. 



Kami tak pandai nak bermewah mewah. Asal kami hanya orang kampung yang dahulunya 'makan nasi dengan budu semata-mata'. mana mahu hilang asal usul itu. Rumah ni berdiri betul-betul disisi rumah Umi. Rumah tempat aku membesar. Terlalu banyak nilai dari sini. Aku buat rumah tepi rumah umi. dekat, jenguk je dah nampak. Insha allah, tu impian dari dulu. Walau perit bina rumah tanpa loan ni. tapi aku yakin, mesti akan berjaya siap. Budak ni pun suka duduk sini. Dekat dengan masjid, boleh ke masjid setiap waktu.



aku dah tak larat lap air liur. haha


Aku buat dream board ni. supaya berkobar2 semangat sentiasa.



“Highly effective people , when you begin with the end in mind”
Jadi, bila buat rumah, start dia dengan apa jadi dengan rumah tu bila dah siap. Cantik kan?


Untuk bisnes, start dengan feel rasa kejayaan tu dh jadi milik kita.
Aku sambung berangan ðŸ˜ŒðŸ˜Œ yang dah lepas tu lepaslah. Sekarang cari lagi duit. Nak siap rumah oii. Ada separuh jalan saja lagi.





Doakan ku

Bahagian depan aku nk buat design roof gini jr. Mudah simple.


syok berangan kan. hahaha



No comments:

Post a Comment