Friday, February 23, 2018

ESP untuk remaja yang sihat

Semasa fasa remaja, mereka menjalani perkembangan fizikal, emosi, sosial dan fisiologi yang pesat. Apabila mereka mencapai akil baligh, badan mereka berubah. Ini juga adalah fasa dimana mereka sangat bertenaga dan aktif. 


Fungsi ESP ni untuk golongan remaja

Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot 

Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja. Oleh itu pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot (1) . 

Bersama-sama dengan gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot, pada masa yang sama, mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga lebih lama (2)

Protein soya adalah nutrien penting untuk memastikan remaja sentiasa bertenaga dan aktif, pada masa yang sama dapat menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.


Menyokong Pertumbuhan Tulang yang lebih Kuat dan Sihat 
Isoflavon soya yang terdapat dalam protein soya membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat di samping menyokong proses metabolisme tulang (3). 

Soya mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk tumbesaran yang sihat. Dalam satu hidangan ESP mengandungi 500mg kalsium yang boleh membantu kesihatan badan kita.


Menyokong Kitaran Haid Yang Sihat bagi Wanita 
Phytoestrogen atau estrogen tumbuh-tumbuhan yang biasanya ditemui secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan kita, termasuk soya, membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan mengawal paras estrogen, mengawal paras hormon yang sihat serta mengurangkan simptom-simptom sindrom prahaid (PMS).(4)


Mempercepatkan Pembaikan dan Pembaharuan Sel 
Protein adalah salah satu nutrien asas tubuh yang membantu dalam proses pembaharuan sel dan penjanaan semula kerana ia membantu dalam memperbaiki tisu-tisu yang rosak. Ia juga menyokong penghasilan antibodi yang melawan jangkitan serta penghasilan kolagen yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan luka.  

Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat.
Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.
Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen

Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.



Boleh juga ke link ini untuk keterangan produk lebih terperinci. Klik sini


No comments:

Post a Comment