Monday, February 26, 2018

Makanan halal di Hongkong

Jalan negara bukan islam ni, cabaran dia makanan lah. Nak mudah, bawak je megi ke, nasi brahims ke, atau makanan kering. Tapi, nak jugak try makanan negara orang kan? datang jauh jauh, takkan nak bawak balik gambar je kan. hehe


masa kami gi hong kong, kami singgah beberapa kedai makan halal.



1. makanan indonesia

2. makanan chinese 
3. dimsum 



bab harga tak yah pikir. haha. Kalau dipikir, confirm tak jadi beli. Bayangkan sepinggan Rm35. selepas convert. So, kalau nak beli, nasihat ku, 



jangan pandai pandai kira convert. BAru boleh makan dengan tenang. haha



Ni kedai makan pertama. Dekat dengan stadium hongkong. Dia dekat dengan area laluan bas elektrik tu. Dari airport, kami naik bas dan turun disini. Jalan sikit je jumpa kedai ni. Dekat dgn stadium hongkong dah.




beli sebungkus je. Makan share. Kalau tak, jenuh bayar. Hahaha. Saja je , sebab mmg byk pun sebungkus tu


Esoknya kami jalan lagi, cari dimsum yang popular. Terletak di dalam bangunan masjid Ammar ni. Senang je cari. Boleh bukak maps. Haha. Sedap oiii dimsum dia. fuhh. Kedai tu kat atas bangunan ni. tingkat 4 kalau tak silap. Dia ada lift. senang nak naik.






Tengok aku makan, Senget mulut mulut, sedap nak habaq. 








Kedai ketiga kami cari sekitar masjid lagi 1. Nama masjid tu Masjid Kowloon. Cantik masjid dia. Tapi kebanyakannya orang indonesia. Rasa nak tengok la orang tempatan, tapi x jumpa. Mungkin sebab kami pergi tu hari bekerja. Kalau ramadhan mesti ada org terawikh. kan.





Ni lepas solat, ada ibu ibu indonesia ajak makan buah. Sedap buah ni. Tapi lupa tanya buah apakah itu. Hehe. Tak ada di Malaysia. 



Lepas makan tu, kami turun abwah, nak cari kedai makan halal pulak. sudah lapar. Mula cari berpusing jugak. Tapi, kami pun, mintak tolong brader ni tunjuk jalan nak ke bangunan tu. Hahah. kesesatan. Brader ni muslim. Dia baru lepas solat. So, dia tunjukkan jalannya. Mudah.. haha




So , duduk dan pilihla makanan, yg penting tgk la duit ada ke x. hehe




Makanannya lupa ambik gambar. Wakakakaka.;\ 

So itulash journey singkat 2 hari kami di Hong Kong. Gila kan, gi hongkong semata nak jadi supporter Malaysia team bola. adoi. Kenapa aku terlibat benda ni? Laki aku la ajak. haiyyaaa.


Tapi best juga jalan kenal kenal tempat. Next time boleh g lama pulak. Haha. Oh ya, last sekali, aku beli makanan ringan sikit di Family Mart dia.



Beli salad ni. Tapi aku tak makan mayonis dia. Makan sayur je. Buah dan sandwich telur. 


Ni je ada baki duit bekal balik Malaysia. Haha. Cantik design duit dia. Siap border kerawang, hehe
So, tu saja untuk makan makan di Hongkong. Mudah mudahan u ol boleh g terai dimsum tu. Sedap gila. Xleh move on lagi. Dan kalau nak g, inform la aku. Nak kirim. Hahah


last, jom balikkk

ambik gambar di airport jela. Tak kuasa nak gi disneyland. Sebelum ni gi disneyland orlando dan jepun, tengok je orang ride. Sebab penat nak beratur. Kuang3






No comments:

Post a Comment